Realtime website trackingweb stats

Selepas sokong pembunuhan di Gaza, sekolah di Amerika dah mula mahu tubuhkan kelab syaitan

Oleh AHMAD ISMAIL

Selepas menyokong Israel membunuh rakyat di Palestin di Gaza sejak lebih 60 hari, sekolah di Amerika Syarikat (AS) sudah mula mahu menubuhkan kelab syaitan.

Sebuah sekolah rendah di Tennessee memutuskan untuk menubuhkan Kelab Syaitan Selepas Sekolah sehingga mengundang bantahan dalam kalangan pemimpin agama dan penduduk di negeri itu.

Kelab Syaitan itu merancang untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti yang berbeza selepas cuti Krismas akhir tahun ini.

Sekolah itu dijadualkan akan mengadakan beberapa siri mesyuarat pada 10 Januari tahun depan iaitu ketika semester musim panas.

Menurut CBS News, Kuil Syaitan merupakan gerakan keagamaan baharu berpusat di Amerika Syarikat (AS) akan mengendalikan kelab itu.

Risalah kuil tersebut menyatakan bahawa kelab itu tidak berniat untuk menukar agama kanak-kanak dan menjadikan mereka mengikut apa-apa identiti agama.

Namun, ia hanya menawarkan aktiviti yang menekankan pandangan dunia yang saintifik, rasionalistik, bukan khurafat, lapor media itu lagi.

Selepas sokong pembunuhan di Gaza, sekolah di Amerika dah mula mahu tubuhkan kelab syaitan

Seorang Pengerusi Lembaga Daerah itu, Althea E Greene dalam pertemuan dengan lebih 40 paderi dan pemimpin agama lain, berkata, “Syaitan tidak mempunyai ruang di daerah ini.”

Perkembangan Kelab Syaitan di sekolah rendah itu berlaku ketika AS komited terhadap “keselamatan Israel” termasuk menjual peluru kereta kebal kepada negara pengganas itu.

Israel mengebom wilayah terkepung Gaza dari udara dan darat, melakukan pengepungan, dan melancarkan serangan darat sebagai balasan terhadap serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Kira-kira 20,000 rakyat Palestin terbunuh, 50,100 cedera dan kira-kira 8,000 lagi hilang di bawah runtuhan akibat serangan Israel.

Jumlah kematian Israel dalam serangan Hamas pula masih kekal pada angka 1,200 orang lantaran keengganan Israel berkongsikan jumlah sebenar.

Hampir 139 orang tahanan Israel masih berada dalam tawanan Hamas, menurut angka rasmi.

Baca:

Suhana demam 3 hari gara-gara berpisah dengan Abu – Kambing ‘rosak’ ini siap pakai pampers

Comel tapi sangat bahaya. Jangan biarkan anak tonton 6 rancangan kartun ini!

Ini resipi rahsia restoran Thailand buat sup siam terlajak sedap tambah berkali-kali