Tak sangka ada segelintir artis popular yang kaya-raya tergamak hanya mahu memberikan produk keluaran mereka kepada golongan artis veteran yang hidup susah.
Itu pengalaman pelakon, Diana Rafar, 41, yang terkilan apabila terdapat artis terkenal mempertikaikan usahanya membantu golongan mereka yang kurang bernasib baik.
Menerusi program ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’, Diana berkata, dia bagaimanapun menerima setiap ujian itu dengan tenang.
Menurut isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu, niat beliau adalah baik dan bukannya meminta ‘sedekah’.
“Ada artis yang popular dan kaya-raya apabila saya hubungi, dia pertikai program yang saya anjurkan ini.
“Antaranya, dia beritahu akan beri duit itu secara peribadi dan terpulang kepada keikhlasannya untuk menderma.
“Malah, ada juga yang berniat untuk memberikan produk keluaran mereka.
“Saya sampai satu tahap berasa saya bukan meminta sedekah dengan mereka, tetapi saya minta sedikit ihsan untuk kita sama-sama menghargai dan beri mereka senyuman.
“Kalau setakat beri produk sendiri, mereka tak perlukan. Dalam situasi mereka sekarang, wang lebih menjadi keutamaan,” lapor Harian Metro.
Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, biarpun berdepan ujian sedemikian, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai selebriti yang begitu pemurah.
Jelas ibu kepada dua anak itu, mereka terbabit mahu menyertai program ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’ pada masa mendatang.
“Kita tahu ramai artis veteran ini sudah lama tidak bekerja dan tiada pendapatan.
“Jadi, program ini bagaikan gaji buat mereka. Apa salahnya sebagai artis muda kita sama-sama menghargai jasa mereka semua.
“Acara ini akan diteruskan lagi kerana saya menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan selebriti yang mahu ikut serta dan beri peluang kepada orang luar yang ingin bersedekah.
“Saya beritahu mereka duit yang ingin disumbang jangan beri kepada saya, sebaliknya masukkan ke dalam sampul supaya tiada isu berbangkit.
“Saya juga beritahu kepada yang menderma ini kalau boleh datang ke program ini dan berikan sendiri sumbangan ini,” kata Diana.
Baru-baru ini, Diana yang dulunya menganggotai kumpulan G.I.M. telah melancarkan program ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’.
Beliau bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis veteran berbagi rezeki.
Antara pelakon dan penyanyi veteran yang menerima sumbangan menerusi program ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’ ialah Jalil Hamid, Wan Maimunah, Mak Jah dan Zaiton Sameon.
@mingguanwanita Saya membesar menonton drama abang-abang dan kakak-kakak semua….”. Sebak dengar perkongsian Zamarul Hisham @zamarulhisham93 yang akui membesar dengan menonton lakonan artis-artis veteran yang mana ada sebahagiannya tidak direzekikan memiliki kemewahan di usia tua. @dianarafar Melancarkan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, dirinya bersama jiran setaman seperti Syatilla Melvin dan Sam serta Zizan Razak berkongsi rezeki dengan para artis lama berbagi rezeki. Artis veteran ini turut menerima rezeki dari pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, Milla Jirin yang juga pemilik Bizmillah Catering serta lain lagi. Program Selebriti Dengan Mufti dibuat dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor. #mingguanwanita #temansetiapwanita #fyp #zamarulhisyam ♬ original sound – MingguanWanita
Baca:
Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia
Alamak! Popiah ‘viral’ ramai Muslim serbu ini taukenya dah mengaku bubuh serbuk babi