Realtime website trackingweb stats

Dulunya dipuji genius dapat PhD umur 16 tahun, sekarang ibu bapa pula bayar sewa apartment

Oleh AHMAD ISMAIL

Bukan sedikit kes anak yang dulunya dipuji genius tetapi buat masalah pula apabila dewasa termasuk kisah lelaki muda dari China yang dapat PhD pada usianya 16 tahun ini.

Zhang Xinyang kini sudah mencecah umur 28 tahun masih tinggal di apartmen yang dibayar oleh ibu bapanya.

Tentunya perkembangan terbaharu genius yang berjaya memasuki universiti pada usia 10 tahun itu mengejutkan orang ramai.

Tambah terkejut Xinyang sekarang selamba saja menjalani kehidupan sebagai penganggur.

Dia mula belajar lebih 1,000 huruf bahasa China pada usia dua setengah tahun manakala ketika berusia empat tahun sudah memasuki sekolah rendah.

Meneruskan kecemerlangannya di sekolah, dia kemudiannya diterima masuk ke Universiti Teknologi dan Pendidikan Tianjin pada usia 10 tahun.

Kemasukannya ketika itu menjadikannya pelajar universiti termuda di China.

Walau bagaimanapun, ketika bergelar pelajar doktor falsafah (PhD) di Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing, Xinyang sekali lagi menjadi perhatian media tempatan apabila dia memberi kata dua kepada ibu bapanya.

Dia mahu ibu bapanya membelikannya sebuah apartmen jika mahu dia terus belajar. Pulak dah. Macam-macam hal!

“Ibu bapa mahu saya terus menetap di Beijing. Jika saya tiada rumah di situ saya akan menjadi sama seperti penduduk Beijing lain.

“Jika saya sama seperti orang lain, mengapa ibu dan bapa menyuruh saya mendapatkan PhD? Mereka perlu bertanggungjawab menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa untuk saya,” lapor Agensi.

Meskipun sukar memenuhi permintaan Xinyang, ibu bapanya enggan dia berhenti belajar.

Sehubungan itu, mereka menyewakan sebuah apartmen untuk didiami lelaki itu.

Kini, Xinyang masih tinggal di apartmen tersebut tanpa mengeluarkan wang walau sesen, serta tidak bekerja dan hanya duduk di rumah.

Dia percaya bahawa kehidupan sederhana adalah ekspresi sebenar kebahagiaan serta turut berasa selesa bergantung hidup pada ibu bapanya.

“Mereka adalah punca keadaan ini. Apartmen yang sepatutnya mereka belikan itu mungkin berharga lebih 10 juta yuan (RM6.5 juta),” kata Xinyang lagi.

Baca:

Air mata kecewa sambut perkahwinan mewah Nazir Razak, anaknya lantang pertahankan ibu

Selepas JDT cipta sejarah raih ‘double quadruple’, rakyat Johor boleh goyang kaki 17 Disember ini

Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh