Perkahwinan mewah kali kedua Nazir Razak rupanya tidak mendapat restu dua anaknya daripada isteri terdahulu, Datuk Azlina Aziz iaitu anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Taha seorang bekas gabenor Bank Negara Malaysia.
Marissa lantang mempersoal ‘Nilai Keluarga’ yang pernah ditulis oleh ayahnya itu di dalam buku biografi berjudul, ‘What’s In A Name’.
Dia bertindak ‘membetulkan’ fakta yang terkandung dalam buku kisah hidup mengenai bapanya yang pernah tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business pada 2010 itu.
“Ayah saya menulis satu bab tentang ‘Nilai Keluarga’ dalam biografinya.
“Namun sebenarnya, semua yang saya dan abang saya pelajari tentang nilai keluarga adalah daripada ibu kami – kejujuran, integriti, kesetiaan dan kasih sayang,” katanya.
Wanita itu nyata dilihat kecewa dengan perkahwinan bapanya yang juga adik kepada Najib dengan Yati Zainudin pada 17 November lalu.
Menerusi media sosial, Marissa mempersoal tempoh keputusan yang diambil oleh ayahnya untuk berkahwin dengan wanita yang pernah menjadi kawan ibunya selepas hanya dua bulan perceraian dimuktamadkan di mahkamah.
“Dia (Ibu) setia dengan ayah saya bukan sahaja pada masa senang tetapi juga pada masa susah. Dia merawatnya dan mengambil alih tugas doktor ketika dia sakit kanser.
“Apabila ayah ditolak keluar dari CIMB, saya masih ingat dia berjaga lewat menulis laporan panjang untuk melobi pegawai baharu,” ceritanya.
Malah, Marissa mengimbau kembali apa dilakukan ibunya ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap ayahnya.
“Semasa SPRM menyiasat ayah, saya masih ingat dia menghadiri semua mesyuarat peguam dan membantu mengatur strategi pembelaannya.
“Selama ini membesarkan abang dan saya, serta membuat PhD sendiri di Oxford.
“Saya dan Arman (abang Marissa) menerima bahawa keluarga kami berpecah belah dan ibu bapa kami tidak lagi bersama.
“Tetapi kami sangat menyayangi ibu kami dan akan menentang sebarang percubaan untuk menyakitinya atau memadamkan ingatan keluarga yang cuba dibinanya,” kata Marissa lagi.
Untuk rekod, perkahwinan Nazir dengan Azlina Aziz sebelum ini telah dikurniakan dua anak sebelum mereka bercerai pada tahun ini.
Pada 17 November 2023, Nazir yang merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berkahwin pula dengan Puan Sri Yati Zainuddin.
Wanita berkenaan ialah ahli perniagaan yang berjaya dan rakan pengasas Bluemolly Cosmetics.
Baca:
Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh
Gempar, baru tahu ‘suami’ seorang wanita selepas 3 hari kahwin
‘Man of the Year’ diminta buat propaganda menentang Hamas, netizen bimbang keselamatan Motaz