Realtime website trackingweb stats

Gempar, baru tahu ‘suami’ seorang wanita selepas 3 hari kahwin

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang wanita di Indonesia akhirnya terpaksa akur dan berpisah dengan ‘suaminya’ selepas tiga hari berkahwin.

Puncanya, selepas mendapati ‘lelaki’ itu sebenarnya berjantina perempuan.

Lapor Tribunews, individu terbabit yang mengaku sebagai Ahdiyat menjalinkan hubungan cinta dengan teman wanitanya, Siti Nuraisyah binti Hidaya sejak dua tahun lalu.

Akan tetapi hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga termasuk gagal membuktikan identiti serta latar belakangnya.

Namun, siapa sangka, Ahdiyat dan Nuraisyah nekad mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu.

Walaupun tahu bahawa pernikahan sesama jenis adalah dilarang, tetapi Ahdiyat masih enggan mendedahkan identiti sebenanrya kepada Aisyah.

Bukan itu sahaja, semasa pendaftaran perkahwinan, Ahdiyat juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan dirinya.

Disebabkan itu, ketua kampung tidak dapat memproses permohonan perkahwinan tersebut.

Beberapa hari kemudian, pernikahan itu tetap berlangsung di kampung pihak perempuan.

Menerusi video yang tular memperlihatkan Ahdiyat melafazkan akad nikah disaksikan ramai orang.

Lebih mencurigakan apabila Ahdiyat dikatakan langsung tidak menyentuh isterinya meskipun sudah berkahwin.

Tidak terhenti di situ, Ahdiyat dikatakan meminjam wang jiran bagi menampung majlis tersebut sehingga berlakunya perbalahan.

Perkara itu akhirnya membongkarkan identiti sebenar Ahdiyat. Difahamkan, Nuraisyah juga tidak tahu bahawa ‘suaminya’ itu seorang wanita.

Baca:

‘Man of the Year’ diminta buat propaganda menentang Hamas, netizen bimbang keselamatan Motaz

Nak jumpa gajah di Malaysia punya la susah, kat Thailand boleh pula diorang buat gathering ramai-ramai

Anak-anak memang suka, ini resepi lempeng lembut dan gebu