Realtime website trackingweb stats

Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh

Oleh ARIF ABDULLAH

Pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi yang ditemui, 8 Disember lalu selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu didakwa bertindak melarikan diri dari sekolah kerana tidak tahan dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, mendakwa, anaknya, Muhammad Danial Akmal, 14, telah dibuli dengan teruk.

“Ya, anak saya dibuli, sekarang dia dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah pada pukul 3 pagi, Khamis lalu.

“Sebelum ini, dia pernah juga dibuli, namun diselesaikan secara dalaman bersama pihak sekolah.

“Kes buli ini telah diceritakan oleh anak saya dua minggu lalu, tetapi awal pagi itu, dia tekad untuk melarikan diri dari sekolah,” ujarnya.

Shuhada tidak dapat memberikan butiran penuh mengenai kejadian buli yang menimpa anaknya kerana masih dalam proses siasatan polis.

“Dia belum ceritakan sepenuhnya, saya bagi dia rehat dulu,” katanya.

Tambahnya, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

Baca:

Nak jumpa gajah di Malaysia punya la susah, kat Thailand boleh pula diorang buat gathering ramai-ramai

Anak-anak memang suka, ini resepi lempeng lembut dan gebu

Bukan susah mana nak bagi jubin kembali berkilat, ramai yang dah berjaya buat guna kaedah ini