Aksi spontan seorang remaja berdiri memimpin bacaan doa sebelum makan dalam kumpulan rakannya di sebuah restoran mendapat pujian ramai.
Menerusi klip video yang tersebar itu, sejurus remaja itu duduk, rakan di hadapannya pula menyambung dengan membacakan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Dalam masa sama, kelihatan sebahagian mereka ada yang ketawa pula ketika menadah tangan sambil mengaminkan kuat doa berkenaan.
“Tahniah. Mesti ada pelanggan keliling tu yang terlupa baca doa makan dan anda dihadirkan untuk mengingatkan mereka.
“Bagus dik. Teruskan di mana-mana. Tiada apa yang kelakar pun.
“Anak siapalah ni. Elok sangat perangainya,” demikian antara komen warga maya.
Lafaz doa sebelum makan yang lazm dibaca itu, maksudnya, ““Ya Allah, berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab neraka.”
Sehubungan itu, ada berpendapat doa itu sekiranya faham maknanya memang akan rasa mahu bacanya selalu tidak terhad sebelum makan saja.
“Jangan malu baca doa makan. Kalau faham maksud doa makan, lagi kerap kita akan baca bukan setakat nak makan je baca doa ni,” kata Syida Ismail.
Malah, membaca doa sehingga orang lain mendengar juga merupakan perkara yang memberi manfaat kepada orang di sekeliling pembaca doa terbabit.
“Sunat kifayah menyaringkan bacaan Bismillah sampai orang lain dengar. Jadi, siapa yang dengar tu, tak baca Bismillah pun, syaitan dah tak kacau makanan dia,” kata Jayy Hardy pula.
Baca: