Realtime website trackingweb stats

Bukan susah mana nak bagi jubin kembali berkilat, ramai yang dah berjaya buat guna kaedah ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Menjaga lantai yang bersih, berkilat, dan bebas daripada melekit bukanlah tugas yang sukar.

Artikel ini akan membimbing anda melalui cara-cara praktikal untuk mendapat lantai yang bersih, dan berkilat.

Tentu ramai diantara kita akan merasa kecewa apabila lantai sudah dimop dengan bersungguh-sungguh tetapi masih kelihatan kotor dan tidak berkilat.

Biasanya, masalah ini berlaku sekiranya lantai yang digunakan itu adalah jenis jubin.

Hasil seperti ini membuatkan suri rumah merasa tidak puas hati, sehingga ada yang sanggup membeli pembersih lantai yang mahal untuk mendapatkan lantai yang bekilat.

Adakah anda tahu bahawa sebenarnya kita tidak perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk membeli pencuci yang mahal.

Pencuci yang mahal dan terkenal bukanlah jaminan untuk mendapatkan lantai yang bersih dan berkilat.

Roz_8492 berkongsi di media sosial cara yang dia amalkan untuk mendapatkan lantai yang bersih dan berkilat, dan yang lebih menarik, tidak melekit.

Bukan susah mana nak bagi jubin kembali berkilat, ramai yang dah berjaya buat guna kaedah ini

Melalui video yang dimuat naik, terdapat tiga bahan dimasukkan ke dalam baldi berisi air panas.

  • Cecair pencuci lantai
  • Cuka
  • Soda bikarbonat

Cara-cara:

  1. Panaskan air dan tuang ke dalam baldi.
  2. Masukkan cecair pencuci lantai bersama sedikit cuka (elak berbau masam) dan soda bikarbonat.
  3. Basahkan mop dan perah, kemudian anda boleh terus mop lantai seperti biasa sehingga nampak bersih dan berkilat.

Bukan susah mana nak bagi jubin kembali berkilat, ramai yang dah berjaya buat guna kaedah ini

Selamat Mencuba!

Baca:

‘Jangan samakan saya dengan dia lagi’ – Ini sebabnya Adam Lee buang jambang

Siapa kata boikot tak berkesan, data dedah Starbucks merosot 40 peratus

‘Pergi tandas, keluar makan pun ada yang rakam senyap-senyap’ – Nadin Amizah rimas diperhati gerak-geri