Realtime website trackingweb stats

Nak jumpa gajah di Malaysia punya la susah, kat Thailand boleh pula diorang buat gathering ramai-ramai

Oleh NURAIMAN

Lebih daripada 100 ekor gajah liar menyebabkan kerosakan ladang-ladang tebu penduduk kampung di kawasan Prachin Buri, Thailand, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Peristiwa itu menyebabkan beberapa pekerja dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai dipanggil untuk menghalau gajah-gajah tersebut.

Walaupun begitu, kekurangan pekerja dan situasi kerja yang berisiko tinggi telah memberi kesan kepada operasi.

Gajah-gajah tersebut dilaporkan tidak mahu meninggalkan kawasan ladang dan terus merosakkan tanaman petani tempatan.

Persatuan Pentadbiran Daerah Kecil Khai Maikaew di kawasan Prachin Buri telah berkongsi kenyataan mereka di Facebook, serta memohon agar isu tersebut dapat diatasi.

“Mereka yang tidak pernah menghadapinya mungkin tidak faham. Satu tahun terdapat sekali musim menuai. Ketika musim menuai, semua orang menunggu untuk menjual hasil tanaman bagi menyara keluarga.

“Ada juga yang terpaksa membayar hutang baja dan anak pokok serta ada yang mahu membayar persekolahan anak, traktor serta lain-lain.

“Namun belum sempat mereka menuai, sekumpulan besar gajah datang dan makan hampir semua tanaman. Harapan untuk melangsaikan hutang musnah,” demikian menurut kenyataan itu.

Baca:

Siapa kata boikot tak berkesan, data dedah Starbucks merosot 40 peratus

‘Pergi tandas, keluar makan pun ada yang rakam senyap-senyap’ – Nadin Amizah rimas diperhati gerak-geri

Memang leceh nak bersih kesan minyak pada bekas plastik, guna cara ni tak perlu sental pun