Realtime website trackingweb stats

Lampu kelip-kelip macam Hari Raya, baju Nana imbas nostalgia gaya Ramlah Ram

Oleh AHMAD ISMAIL

Baju Nana atau Siti Nordiana dengan lampu kelip-kelip macam Hari Raya ketika membuat persembahan di pentas separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) buat ramai terhibur.

Dalam persembahannya itu, Nana memakai dres labuh material kulit yang dipenuhi dengan hiasan paku berwarna silver.

Tiba lagu kedua iaitu Hampa Hatiku nyanyian asal Ungu, baju yang dipakai Nana muncul bercahaya.

Kreativiti itu sekaligus membuatkan orang ramai mula teringat pada busana yang pernah digayakan penyanyi Ramlah Ram pada pentas Anugerah Juara Lagu ketiga.

Ketika itu, Ramlah Ram mendendangkan lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di dalam Hatimu’ pada tahun 1988.

“Mantap baju Nana! Lampu kelip-kelip macam hari raya!

“Lain macam persembahan Nana malam ini dengan baju berlampu, macam kak Ramlah pula,” komen netizen.

Sementara itu, Nana turut meraih komen positif daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat memuji persembahan tenaga daripada Nana.

Baca:

Geran RM20,000 untuk anak muda, tanam padi 5 musim antara inisiatif setahun menteri KPKM

Pahitnya peria katak tapi banyak manfaat kesihatan, ini 5 khasiat ‘insulin tumbuhan’ wajib rebut

Semburan kadang-kadang bahaya, ini cara mudah halau lipas, cuma guna 2 bahan kat rumah