Masih ada lagi dalam kalangan masyarakat kita tak serik-serik terjebak dalam pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi bertopengkan patuh syariah.
Mengapa masih ada lagi percaya penipuan sebegini walaupun kerajaan telah kerap mengingatkan risiko tinggi pelaburan yang menguar-uarkan keuntungan luar biasa ini?
Ikuti kupasan peguam MAHMUD JUMAAT berhubung pelaburan Gigamax susulan aduan dan kebimbangan sekumpulan pelaburan masuk angin keluar asap itu:
Masyuk keuntungan Gigamax sehingga 1% sehari!
Jangan lari selepas sebat duit pelabur!
Sebulan dua ini, kami telah menerima banyak aduan daripada pihak pelabur Gigamax berkenaan dengan status pelaburan mereka.
Kali ini, saya berkesempatan mendengar keluhan sekumpulan pelabur Gigamax yang mengalami kerugian.
Ramai pihak mula yakin dengan Gigamax apabila dikatakan patuh syariah dan dijanjikan keuntunggan yang luar biasa.
Lebih meyakinkan, apabila ramai pihak yang telah berubah nasib dari susah dah jadi senang dengan melabur bersama Gigamax. Ramai pihak juga mula tertarik untuk mencuba nasib dan berjaya mendapat pulangan lumayan.
Tapi keadaan mula berubah apabila ada pihak yang telah ‘tersangkut’ sejak bulan Julai. Ada yang telah tersangkut sejak bulan September dan ada sahaja yang telah tersangkut sejak mula-mula masuk dalam perlaburan ini pada bulan Oktober baru-baru ini.
Saya amat bersimpati dengan mereka yang mengadu nasib. Mereka mengalami kerugian besar dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang yang ada terhadap mereka yang terlibat.
Pihak pemaju Gigamax dan pihak-pihak yang terlibat harus bertanggungjawab memulangkan kembali wang yang telah dilaburkan oleh pihak pelabur.
DDos attack ke tukar Teramax ke apa max ke pelabur hanya nak duit pelabur minta dipulangkan balik!
Wang ini adalah hasil penat lelah orang ramai dan majoriti adalah orang Melayu kita sendiri.
Ramai juga antara mereka merupakan warga emas, menggunakan wang pencen dan ada juga sehingga meminjam ah long kerana terpedaya dengan keuntungan yang menggiurkan.
Saya akan secepat mungkin mewakili pelabur menuntut wang pelaburan yang telah tersangkut sebelum kami mengambil tindakan seterusnya mengheret mereka kepada pihak berkuasa.
Baca:
Kena cepat! 10 juta rakyat layak mohon duit eMADANI, ini ringkasan dan cara mohon
Pahitnya peria katak tapi banyak manfaat kesihatan, ini 5 khasiat ‘insulin tumbuhan’ wajib rebut
Semburan kadang-kadang bahaya, ini cara mudah halau lipas, cuma guna 2 bahan kat rumah