𝗦𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
3 Disember 2023 catatkan setahun Datuk Seri Mohammad Sabu menjadi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Ini antara Pencapaian dan Inisiatif:
𝟭. 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥 𝗔𝗬𝗔𝗠
Telur Ayam hilang di pasaran yang sudah berlanjutan hampir setahun semasa pentadbiran Ismail Sabri berjaya selesai dalam tempoh dua bulan melalui intervensi jangka pendek import dari luar.
𝟮. 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗔𝗦 𝗗𝗜𝗔𝗚𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗛
PMX dan KPKM berjaya mendapat persetujuan BERNAS untuk memberikan Bantuan Khas RM60juta kepada pesawah selain perkongsian 30% dari keuntungan bersih BERNAS. 240,000 pesawah dapat manfaat.
𝟯. 𝟱 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡
(1) Perkasa Industri Akuakultur (2) Perluas Penternakan Lembu Fidlot (3) Penanaman Jagung Bijian (4) Tingkat penglibatan Belia dalam Pertanian (5) Perkasa Institut Latihan Pertanian.
𝟰. 𝟭𝟴,𝟴𝟬𝟬 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗗𝗜𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟭.𝟲𝟵𝗕𝗜𝗟
KPKM luluskan subsidi kepada penternak Ayam Daging dan Ayam Penelur untuk atasi kenaikan kos pengeluaran seterusnya menstabilkan harga ayam dan telur.
𝟱. 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟯𝟬%
Jualan barangan keperluan harian pada harga yang cukup murah untuk pengguna yang terkesan.
𝟲. 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
Bekalan telur ayam, ayam dan daging mencukupi dan tiada sebarang masalah atau kenaikan harga di sepanjang bulan Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha tidak seperti tahun sebelumnya.
𝟳. 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡
Siri lawatan ke Indonesia, China, Rusia, Tarkistan, Italy dan Hungary untuk teroka kerjasama untuk pastikan sekuriti makanan negara terjamin dan di tahap terbaik. Tidak semua inisiatif pertanian dapat dihasilkan dalam negara dengan kos yang lebih efisyen.
𝟴. 𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡
Peningkatan mendadak permintaan Beras Putih Tempatan akibat kenaikan harga beras dunia, maka OP Jamin dijalankan. Intervensi lain libatkan (1) edaran melalui FAMA (2) Subsidi RM950/tan untuk Beras Import Sabah, Sarawak dan Labuan (3) Kontrak Kerajaan gunakan Beras Import (4) Penguatkuasaan Ops Beras Tempatan.
𝟵. 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗟 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗡𝗖𝗛𝗔𝗡
Hasil padi per hektar meningkat di 2 lokasi percubaan dari 7 ke 10.45 tan Metrik di Kg Lat 1000 Perlis dan dari 4 ke 7 tan Metrik di Besut.
𝟭𝟬. 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝟯𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
Penuaian Padi Projek Mini Sekinchan di Kampung Lat 1000, Perlis beri hasil purata 10.45 metrik tan per hektar merupakan hasil tertinggi di kawasan Mada sejak 30 tahun.
𝟭𝟭. 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝟱 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠
Untuk tingkatkan pengeluaran Padi, penanaman padi lima musim dua tahun berbanding kini dua musim setahun dengan pelaburan RM3bil diluluskan untuk infrastruktur pengairan tersier.
𝟭𝟮. 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗜𝗞𝗞𝗔𝗡
Subsidi Harga Padi naik dari RM360 ke RM500 per tan tingkat pendapatan pesawah dan ringankan beban kos penanaman dan sara hidup. Ini menaikkan semangat pesawah dan menarik minat pesawah muda sekaligus memastikan keterjaminan makanan.
𝟭𝟯. 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗥𝗠𝟭,𝟯𝟬𝟬 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗛
Mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per tan metrik sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh lebih tinggi.
𝟭𝟰. 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 & 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗜
Usaha tingkatkan pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak yang kini menyumbang 4% sahaja. 55,000 hektar tanah telah dikenal pasti.
𝟭𝟱. 𝗔𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗔
Kerajaan India benarkan Malaysia import 170,000 metrik tan Beras Putih Bukan Basmathi beberapa siri rundingan.
𝟭𝟲. 𝗠𝗘𝗡𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗬𝗔𝗠
Melalui penamatan harga kawalan dan subsidi ayam setelah bekalan ayam pulih dengan persaingan yang lebih sihat dan kurang campurtangan kerajaan untuk Industri berkembang. Harga ayam purata pada Nov 2023 RM8.51/kg.
𝟭𝟳. 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗞𝗠𝗔𝗧
Untuk tingkatkan tatakelola dan kurangkan korupsi, diwartakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) sebagai Badan Awam dalam Akta SPRM.
𝟭𝟴. 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗭𝗘𝗥𝗢 𝗟𝗔𝗧𝗘 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗩𝗘𝗥𝗬 𝗕𝗔𝗝𝗔 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦
Kelewatan penghantaran baja sebabkan masalah kepada pesawah dan ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam pentarbiran lepas. Selepas program ini dilancar, tiada kedengaran lagi masalah lewat.
𝟭𝟵. ‘𝗕𝗜𝗚 𝗗𝗔𝗧𝗔’ 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
Tanpa sistem bersepadu mengurangkan kecekapan pengurusan pertanian Negara. Bancian Pertanian Negara akan dimulakan dan Enekmen Pendaftaran Petani Negeri-Negeri telah dipersetujui.
𝟮𝟬. 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗣RE𝗡𝗘𝗨𝗥 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗥𝗠𝟮𝟬,𝟬𝟬𝟬
466 peserta berumur 18 hingga 40 tahun menerima geran dalam bentuk barangan berkaitan pertanian bernilai RM20,000. Khidmat nasihat teknikal dan latihan juga disediakan.
𝟮𝟭. 𝗡𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗞𝗘 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔
Usaha selama 20 tahun untuk eksport nangka akhirnya berjaya setelah Protokol Laluan Pasaran Nangka Segar ditandatangani April 2023. Eksport pertama sampai pada September 2023 nangka Varieti J33. Dijangka nilai eksport akan mencecah RM22juta menjelang 2025.
Banyak lagi perkembangan yang baik akan dikongsi siri berikutnya.
Baca:
Pahitnya peria katak tapi banyak manfaat kesihatan, ini 5 khasiat ‘insulin tumbuhan’ wajib rebut
Semburan kadang-kadang bahaya, ini cara mudah halau lipas, cuma guna 2 bahan kat rumah
7 cara nak pilih ikan segar, tanpa sentuh pun boleh tahu ikan baharu ke lama