Realtime website trackingweb stats

‘Isteri pertama untuk dihargai’ Abang Tesla, beritahu diri terlihat ceria padahal hampir gila

Oleh ABDULLAH HAMID

Heboh di TikTok apabila isteri pertama pempengaruh yang digelar Abang Tesla memuat naik video dengan kapsyen “terlihat ceria padahal hampir gila”.

Terpampang wanita cantik berkenaan kelihatan berada dalam kereta seorang diri.

Dalam video sama juga, dia meninggalkan kapsyen, ‘I’m okay, I’m fine gwenchana, teng neng neng neng’ menerusi audio yang trending di TikTok pada masa ini.

Video ringkas dikongsi menerusi aplikasi TikTok, Nurmajdina Jamari itu mengundang teka-teki warganet berhubung situasi terkini yang dihadapi wanita yang dimadukan Abang Tesla atau pemilik nama sebenar, Muhammad Khal Iltizam Yusry itu.

Rata-rata warganet terutamanya kaum Hawa memberikan kata-kata semangat kepada Nurmajdina dalam menghadapi ujian rumah tangga.

“Saya dulu hampir dimadukan. Tapi saya memilih untuk bercerai. Alhamdulillah, sekarang saya dah ‘happy’ dengan suami baharu. Kita berhak buat keputusan dan memilih.

“Ya Allah, kurniakanlah zuriat kepada wanita hebat ini agar segala sedihnya terubat, segala kekuatannya terbalas.

“Maaf, jujur cakap, saya tak sekuat kamu. Mungkin kalau saya di tempat kamu, mungkin saya memilih untuk pergi,” demikian antara komentar netizen.

Sebelum ini, Abang Tesla mengundang kecaman warga maya susulan pengumumannya sudah bernikah untuk kali kedua.

Katanya ketika itu, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya malah reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.

Jelasnya lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

Kenyataan Abang Tesla, “isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” juga menambah lagi kemarahan segelintir warganet.

Walaupun bertalu-talu dikutuk orang ramai, Abang Tesla kemudiannya dilihat mahu membuktikan dirinya bahagia bersama dua isteri tercinta.

Dia memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bersama bagasi mereka menerusi hantaran di Instagram (IG).

Berdasarkan kapsyen pada gambar yang dikongsi pada September lalu, Abang Tesla memberitahu mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama buat kali pertama.

@n.majdinaI’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng 🫶🏻❤️

♬ original sound – Nurmajdina Jamari

Baca:

“Ia benar, saya kahwin satu lagi” – Alif Teega

Tak semestinya telur itik, telur ayam pun boleh guna untuk masak lemak, terbukti tak pecah guna kaedah ini

Bebas penjara kerana berat badan cecah 200 kg, keluarga mangsa marah keputusan mahkamah