Alif Teega, selebriti media sosial, mengumumkan bahawa beliau telah berkahwin dua kali dengan seorang wanita pada 18 November yang lepas.
Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, yang berumur 29 tahun, memberitahu bahawa dia mengakui perkara tersebut untuk mengelakkan fitnah dan supaya pernikahannya tidak menjadi bahan perbualan orang.
“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah.
“Tujuan hantaran in adalah untuk menyampaikan khabar berita sekali gus menjawab segala spekulasi tentang saya dan mengelak daripada sebarang fitnah,” katanya.
Alif mengaku melalui pos di Instagram miliknya pada petang Ahad.
Personaliti media sosial tersebut tidak memberikan maklumat tentang siapa isteri keduanya.
Dalam waktu yang sama, Alif juga menunjukkan beliau kagum terhadap isteri pertamanya, Aisyah Hijanah, kerana tabah dan sabar dalam berkongsi kasih dengan seorang wanita lain.
Untuk makluman, pada tahun 2017, Alif dan Aisyah berkahwin dan kemudian pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak.
Baca:
Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini
Bebas penjara kerana berat badan cecah 200 kg, keluarga mangsa marah keputusan mahkamah