Realtime website trackingweb stats

Gelang bercahaya konsert Coldplay rupanya kena dipulangkan, terbukti satu negara ini memang jujur

Oleh AHMAD ISMAIL

Kehangatan konsert Coldplay masih lagi diperkatakan tetapi kali ini berkenaan gelang bercahaya dikenali sebagai Xyloband yang dipinjamkan kepada peminat untuk dipakai.

Rupanya, sehabis konsert, penonton perlu memulangkan Xyloband semula sebelum meninggalkan stadium.

Xyloband yang dipakai sepanjang konsert Coldplay merupakan gelang tangan interaktif dengan lampu LED bagi memberikan pengalaman interaktif kepada para penonton.

Gelang ‘magic’ itu sebenarnya telah diprogramkan agar menyala pada waktu sama serta bersesuaian dengan efek cahaya dan ‘mood’ lagu yang dinyanyikan.

Difahamkan, gelang-gelang Xyloband itu kemudiannya akan digunakan pada penganjuran konsert-konsert yang lain.

Oleh sebab itu, penonton perlu meninggalkannya di bekas yang disediakan sebelum meninggalkan stadium.

Mengikut analisis pihak penganjur konsert Music Of The Spheres World Tour, penonton di ibu negara Jepun paling ramai memulangkan Xyloband berbanding tujuh lokasi persembahan lain.

Angka tersebut sekaligus dilihat bukti rakyat di Jepun memang jujur sepertimana umum tahu apabila bercakap mengenai budaya dan keperibadian masyarakat Negara Matahari Terbit itu.

Berbeza pula dengan Indonesia, setakat ini, mencatatkan pemulangan Xyloband terendah berbanding siri-siri konsert band berasal dari United Kingdom itu.

Setakat artikel ini ditulis, peratusan pemulangan Xyloband di Malaysia selepas konsert itu melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur masih belum diketahui lagi.

Berikut peratusan pemulangan Xyloband semasa konsert Coldplay:

Tokyo – 97 peratus

Copenhagen – 96 peratus

Buenos Aires – 94 peratus

Kaohsiung – 93 peratus

Gothenburg – 85 peratus

Amsterdam – 82 peratus

Berlin – 80 peratus

Indonesia – 77 peratus

Baca:

Ramai risau kad RFID akan tamat tempoh 31 Jan 2024, ini penjelasan sebenar Touch ‘n Go

Tak semestinya telur itik, telur ayam pun boleh guna untuk masak lemak, terbukti tak pecah guna kaedah ini

Bebas penjara kerana berat badan cecah 200 kg, keluarga mangsa marah keputusan mahkamah