Realtime website trackingweb stats

“Lepasni kita pakai jubah terbalik, biar Tengku betulkan” – Pelajar teruja bercampur malu Tengku Permaisuri Selangor betulkan lengan jubah konvo

Oleh FATIN AQILAH

Mungkin itulah yang dikatakan rezeki, walaupun mungkin memalukan tetapi menjadi kenangan yang tak terlupakan sepanjang hidup.

Apatah lagi kenangan ini melibatkan orang ternama dan kerabat diraja, yang tidak mungkin akan berulang.

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, telah menarik perhatian sekali lagi apabila dia membetulkan lengan jubah seorang lelaki yang terlipat semasa majlis konvokesyen baru-baru ini.

Berita ini berkait tentang sesuatu yang telah dikongsi oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui TikTok.

Video tersebut memaparkan reaksi graduan tersebut yang tersipu malu ketika baginda berbuat demikian.

Sehubungan itu, graduan yang dikenali sebagai Aiman berkeinginan untuk menyimpan jubah tersebut sebagai kenangan yang indah.

Video pendek yang telah ditonton sebanyak 1.9 juta kali juga mendapat berbagai komen lucu dari pengguna media sosial.

“Bang, letak tanda dekat jubah. Senang kami nak pilih nanti,” kata Tekanama1.

“Lepas ini nak naik dengan ‘mortar board’ (topi) senget pula lah,” ujar Nina.

“Saya konvo nanti nak pakai jubah terbalik,” tambah Melon Musk.

@wadahdaily Majlis konvo UITM. Sweet moment sidang 4. Kredit: Universiti Teknologi MARA #wadahdaily #wadahtv #malaysiamadani #malaysia #kerajaanperpaduan #PMX #tiktokmalaysia #berita #newsattiktok #malaysiadihatiku #terkini #RafiziRamli #kerajaanmalaysia #fyp #Malaysia #malaysianupdate #konvo98 #rakyatmalaysiabersatu #uitmdihatiku #istiadatkonvokesyenuitm98 #PermaisuriSelangor ♬ original sound – WadahDaily

Baca:

Beli tiket lebih RM3,000 tapi kena sidai luar stadium, ‘scammer’ konsert Coldplay kaut RM70,000

Pecah tembelang rupanya RM70 juta tak sampai pun kepada anak Palestin, NGO ini amat mengejutkan

Ramai saja Melayu rajin berusaha, tauke pulut kuning pun kecam ‘makcik Kemboja’