Realtime website trackingweb stats

Tergamak enam beradik ‘rosakkan’ budak 11 tahun, adik lelaki mangsa pula nampak bukan sekali terjadi

Oleh AHMAD ISMAIL

Kes rogol secara bergilir-gilir budak perempuan berusia 11 tahun ini lain dari yang lain apabila enam daripada tujuh suspek adalah adik beradik.

Seorang lagi suspek adalah rakan mereka dan kejadian rogol di sebuah kampung, di Gerik pada 3 November lalu rupanya sudah beberapa kali terjadi sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu disaksikan oleh adik mangsa berusia sembilan tahun.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kes tersebut pada 20 November lalu jam 9.26 malam daripada ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

“Ibu mangsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka yang juga adik mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lalu, sekitar jam 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia lingkungan 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

“Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, 22 November lalu.

Selain itu, jelasnya, saksi juga memaklumkan kejadian seumpama itu sudah beberapa kali berlaku terhadap kakaknya yang tidak bersekolah.

Zulkifli berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November.

Baca:

Beli tiket lebih RM3,000 tapi kena sidai luar stadium, ‘scammer’ konsert Coldplay kaut RM70,000

Pecah tembelang rupanya RM70 juta tak sampai pun kepada anak Palestin, NGO ini amat mengejutkan

Ramai saja Melayu rajin berusaha, tauke pulut kuning pun kecam ‘makcik Kemboja’