Perbalahan keluarga apabila dibawa keluar di media sosial biasanya mengundang kepada kecaman netizen yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Apabila sudah dicop sebagai pihak bersalah, tidak mudah bagi sesorang itu untuk melepaskan diri dari apa sahaja kecaman yang sentiasa akan menghantuinya.
Begitu juga yang berlaku terhadap seorang pelawak yang pernah disegani suatu masa dahulu ini.
Apabila sebut saja nama Ali Puteh, pasti ramai yang tahu pelawak ini selalu dikritik oleh orang dalam talian disebabkan kontroversi yang melibatkannya sebelum ini.
Melalui satu sesi temu bual bersama program Melodi, Ali memberitahu bahawa dia berasa kecewa kerana terdapat individu dalam dunia maya yang terus-menerus menghujahnya dengan kata-kata yang tidak sopan dan cuba mencari kesalahan padanya.
Menurut Ali, dia juga hairan kenapa dia sentiasa dicerca dan dituduh oleh orang ramai, walaupun dia tidak pernah menyusahkan sesiapa pun.
“Takkan sampai kiamat orang masih nak kecam maki saya,” katanya.
Ali memberitahu bahawa ada orang yang mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya apabila tuduhan dibuat bahawa dia menggunakan dana anak yatim untuk berniaga.
Ali berkata lagi, dia tidak akan senyap dan akan terus membalas kata-kata netizen tersebut untuk membela diri.
Pada masa yang sama, apabila ditanya mengenai jumlah denda sebanyak RM60,000 yang perlu dibayar kepada kakak iparnya, Hidayah, dia akan memberikan penjelasan pada masa akan datang.
Baca:
Cikgu Frenerietta punya pasal, ramai mahu jadi anak murid
Lain rupanya maksud ‘menarik rambut dalam tepung’, ini 10 peribahasa Melayu jati buat bakal jenazah
“Sebelum mati kena datang sini sekali” – Datuk Vida buat apa pula di Sabah?