Realtime website trackingweb stats

Cikgu Frenerietta punya pasal, ramai mahu jadi anak murid

Oleh FATIN AQILAH

Penangan kejelitaan seorang gadis Sabah yang juga bergelar cikgu ini, ramai pula mahu jadi anak murid.

Nama Frenerietta Sobitun meletup di media sosial selepas guru sekolah rendah itu dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022.

Beliau yang berusia 26 tahun dan anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dirinya mewakili daerah Sandakan dan berjaya mengetepikan 43 peserta lain.

Frenerietta yang tampil dengan pakaian asli Dusun Labuk itu membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM122,529 dan mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2021, Maya Hejnowska.

Beliau berjaya mengalahkan enam peserta pada pusingan akhir dengan kepetahannya berbahasa ibunda semasa menjawab soalan dikemukakan pada dua pusingan semalam.

Menurutnya, dia akan menggalas tanggungjawab sebagai UNK dengan sebaiknya dan cuba membahagikan masa antara kerjaya seorang guru dan peranannya sebagai Unduk Ngadau.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini selepas pertama kali menjejakkan kaki ke KDCA dan ini hadiah berharga untuk keluarga saya.

“Saya harap golongan muda lebih berani tampil di hadapan orang dan bertutur bahasa ibunda agar ia tidak lenyap ditelan zaman,” tambahnya lagi.

Baca:

Guna kaedah semula jadi pun boleh, ini 5 cara halau semut dari rumah

Siapa kenal Siti Mariah, suruh dia balik, ibunya dah 8 tahun menanggung rindu

‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’