Realtime website trackingweb stats

Mentega kacang tak susah rupanya buat di rumah, belanja pun jimat, ini resepinya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Beli di pasaraya mentega kacang ini biasanya harga mahu mencecah berbelas ringgit walaupun balangnya kecil saja.

Padahal, makanan sedap ini tak susah pun buat di rumah. Belanja juga jimat dan paling penting lebih sihat.

Tidaklah seperti mentega kacang di pasaran, lazimnya barangan import ini mengandungi banyak gula juga tinggi kandungan garam dan pengawet.

Jadi, apa kata anda buat sendiri mentega kacang. ‘Kacang’ saja pun! Hanya perlukan satu bahan saja iaitu kacang tanah.

Tak perlu pun tambah minyak, air, gula atau garam. Kisarlah kacang guna pengisar kering baru menjadi.

Mari cuba resipi dikongsikan Nurul Zhafarina ini.

Bahan diperlukan:

Kacang tanah

Cara-cara:

1. Sangai kacang dalam air fryer pada suhu 18℃ selama 15 hingga 18 minit.

2. Kemudian, sejukkan kacang.

3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering. Kisar sampai keluar minyak kacang itu sendiri. Tak perlu letak minyak atau air.

4. Siap! Selamat mencuba.

Baca:

‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’

Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS

Dah makin serius, ada orang nak culik anak Nabila Huda