Baliklah Siti Mariah Hamzah kerana ibumu di Kampung Sireh, Naka dekat Kuala Nerang, Kedah dah 8 tahun menanggung rindu dan tekanan.
Rupanya, ibu Mariah hanya mampu mencium pakaian anaknya yang dipanggil Kak Long ketika jiwa diketuk rindu.
Sementara itu, ayah Kak Long, Che Safuan Abd. Rahman, 61, berkata, anak sulungnya itu hilang tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu.
Katanya, tiada perselisihan faham yang berlaku antara keluarga dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu sebelum dia menghilang.
Jelasnya, kali terakhir kak long menghubungi beliau pada hujung tahun 2015 memaklumkan dia beli baju di Nilai, Negeri Sembilan kerana mahu menghadiri majlis kenduri rakannya.
“Selepas itu, tidak ada lagi berita tentang kak long. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada kak long yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” ujarnya dipetik Kosmo.
Menurutnya, Siti Mariah yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Sarawak dalam bidang kaunseling menghilangkan diri selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara.
“Sehingga kini saya dan suami, Hamzah Said, 65, menantikan kepulangan kak long walaupun tiada langsung khabar berita daripadanya.
“Suami dan anak kedua pernah mencarinya di Kuala Kumpur tetapi gagal menemuinya.
“Sampai sekarang kami tidak tahu apa masalah dan salah kami sehingga kak long menghilangkan diri.
“Saya sudah sampai tahap tertekan memikirkan punca kak long tidak balik kampung,” katanya.
“Kak long baliklah, setiap hari selama lapan tahun mak sebut nama kaklong, tunggu kak long di pintu rumah, pulanglah sementara mak dan ayah masih ada,” rayunya lagi.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Siti Mariah diminta menghubungi adik Siti Mariah, Mohd. Nizam, 011-24191346.
Baca:
‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’
Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS
Ibu bapa yang ada ‘hoarding disorder’ pergi umrah, anak sibuk pakat kemas rumah