Realtime website trackingweb stats

Selepas lebih 12,000 syahid dibedil pengganas, 7 ahli Parlimen Muslim UK ini mengecewakan

Oleh FATIN AQILAH

Selepas lebih 12,000 rakyat Palestin syahid dan ratusan ribu lagi hilang kediaman dibedil pengganas Israel, sikap 7 ahli Parlimen United Kingdom (UK) Muslim ini mengecewakan.

Mana tidaknya, mereka antara 125 ahli Parlimen UK yang tidak mengundi gencatan senjata di Palestin sekaligus menyokong teroris Israel.

Tujuh pemimpin Muslim itu menolak usul yang menyeru kerajaan UK untuk bersama-sama dengan masyarakat dunia mendesak Israel menghentikan pengeboman yang meragut nyawa orang awam terutama kanak-kanak di Gaza.

Ekoran itu, masyarakat Muslim di UK mengecam pendirian pemimpin beragama Islam di negara tersebut yang menyokong jenayah perang Israel.

Rata-rata mengingatkan pengundi agar tidak lagi memilih mereka dalam pilihan raya akan datang kerana tidak mewakili suara majoriti pengundi yang mahukan gencatan senjata segera diadakan di Gaza.

Ini butiran mengenai siapa 7 ahli Parlimen Muslim UK yang mengkhianati hak rakyat dan anak-anak Palestin untuk hidup aman dan selamat tanpa dihujani bom teroris Israel:

1. Sajid Javid, 54 tahun

– Ahli politik Parti Konservatif

– Individu Muslim pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan UK pada 2021. Dia juga sebelum itu orang Islam pertama yang memegang salah satu daripada tiga jabatan utama di UK.

– Anak pendatang Muslim dari Pakistan dan terkenal dengan sentimen pro-Israel.

– Dua tahun selepas menjadi ahli parlimen, Javid mencuri perhatian di Majlis Makan Tengah Hari Tahunan Rakan Konservatif Israel apabila dia menyampaikan kata-kata semangat kepada negara Yahudi itu.

– Lapor The Times of Israel, Sajid katanya berbangga sebagai seorang Muslim kelahiran British, namun katanya, jika dia terpaksa pergi dan tinggal di Timur Tengah, dia tidak akan memilih Dubai mahupun Arab Saudi, “negara yang sangat kaya dan tempat kelahiran Nabi Muhammad yang suci.”

– Sebaliknya, kata Sajid hanya ada satu tempat yang dia boleh pergi,” dia menyambung, “[ke] Israel.

– Baginya, Israel adalah “satu-satunya negara di Timur Tengah yang berkongsi nilai demokrasi yang sama seperti Britain. Dan satu-satunya negara di Timur Tengah di mana keluarga saya akan merasakan pelukan hangat kebebasan dan kebebasan.”

2. Saqib Bhatti, 38

– Mewakili Parti Konservatif.

– Menjadi Ahli Parlimen (MP) Meriden sejak pilihan raya umum 2019.

– Sebelum bergelar Ahli Parlimen, Bhatti mengasaskan kumpulan Muslim pro-Brexit untuk Britain, yang menyokong untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum 2016.

3. Rehman Chishti, 45

– Mewakili Parti Konservatif.

– Kelahiran Pakistan yang telah menjadi Ahli Parlimen Gillingham dan Rainham sejak 2010.

– Pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri untuk Kebebasan Beragama atau Kepercayaan antara 2019 dan 2020.

4. Rushanara Ali, 48

– Mewakili Parti Buruh.

– Ahli Parlimen untuk Bethnal Green and Bow sejak 2010.

– Warga Bangladesh pertama yang dipilih ke Parlimen UK.

– Berhijrah ke London ketika umurnya 7 tahun. Bapanya adalah seorang buruh kasar. Rushanara adalah yang pertama dalam keluarganya yang pergi ke universiti.

– Ekoran keputusannya menyokong Israel, ratusan pelajar berarak ke pejabat Ahli Parlimen Bethnal Green itu.

– Orang ramai yang memprotes pendiriannya antaranya, melaungkan “Rushanara Ali, awak memang memalukan” sambil memegang sepanduk “Bukan ahli Parlimen saya. Darah di tanganmu”.

– Reaksinya di platform X menyebut dia telah lama menyokong gencatan senjata tetapi kali ini dia telah berkecuali daripada mengundi usul sedemikian.

– Rushanara juga berkata sedia untuk meletak jawatan jika itu yang dimahukan pengundinya.

5. Shabana Mahmood, 43

– Mewakili Parti Buruh

– Peguam ini telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk Birmingham Ladywood sejak 2010.

– Dalam kenyataan rasminya bulan lalu, Shabana mengutuk dengan tegas apa yang dianggapnya “tindakan keji Hamas” kerana “menyasarkan orang awam Israel yang tidak bersalah”.

6. Tulip Rizwana Siddiq, 41

– Mewakili Parti Buruh

– Menjadi Ahli Parlimen Hampstead dan Kilburn sejak 2010.

– Anak kepada bekas profesor Universiti Dhaka Shafique Ahmed Siddique dan Sheikh Rehana yang mendapat suaka politik di UK ketika remaja.

– Sejak sebelum tahun 2018 lagi, Tulip dilapor dalam The Jewish Chronicle melabelkan Hamas sebagai “organisasi pengganas”.

7. Nusrat Ghani, 51

– Ahli politik Parti Konsevatif dan dalam usul undi gencatan senjata pada 16 November lalu mengambil pendirian berkecuali.

– Menjadi Ahli Parlimen (MP) Wealden di East Sussex sejak 2015. Kini berkhidmat sebagai Menteri Perindustrian di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan serta Pejabat Kabinet.

Baca:

Highway WCE dah buka, hanya 15 minit ke Kapar, tol percuma 43 hari

5 negara ini rupanya ada cuti wanita sakit haid teruk, Malaysia bila lagi?

“Akhirnya saya menyesal beli Vellfire” – Luahan jujur bekas pemain bola sepak Kedah