Azmeer Yusof, yang dulunya pemain bola Kedah, berkongsi pengalamannya tentang memiliki sebuah kenderaan eksekutif, Vellfire, sehingga dia membuat keputusan untuk menjualnya.
Azmeer, yang pernah menjadi pemain pertahanan kiri, membeli kereta itu dengan harga keseluruhan RM65,000.
Pada mulanya, Azmeer merasakan pembelian kenderaan tersebut sebagai satu perubahan besar dalam hidupnya.
Namun, harapan itu tidak tercapai apabila beliau menyedari bahawa memiliki kereta mewah tidak semanis yang diimpikannya.
“Saya letak downpayment kereta ini RM50,000. Beli plat number hampir RM10,000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM,5000,” katanya.
“RM65,000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65,000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier.
“Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan,” tulis di Facebooknya di sini hari ini.
Selain daripada itu, Azmeer juga merasa bahawa membeli aset tersebut tidak berbaloi kerana dia jarang menggunakan kereta tersebut.
“Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadangkala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak.
“Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Azmeer menyatakan, komitmen memiliki kenderaan juga melibatkan perbelanjaan yang besar, walaupun kereta tersebut jarang digunakan.
“Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3,300. Cukai jalan tambah insurans hampir RM10,000 setahun,” katanya.
Disebabkan beberapa perkara, Azmeer telah merenung sejenak mengenai keputusannya untuk menyimpan kenderaan itu yang dianggap sebagai satu ‘kejayaan’.
“Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini,” katanya.
Maka, Azmeer membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut, yang dianggap sebagai satu keputusan yang betul.
“Selepas menjual kereta berkenaan, beliau dapat berjimat hampir RM5,000 dalam masa sebulan. Jiwa saya menjadi lebih tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa,” katanya.
Pada akhir hantarannya, Azmeer memberi nasihat kepada semua orang agar menjalani gaya hidup yang sejajar dengan pendapatan mereka.
“Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar sebuah besi yang akan menjadi buruk satu hari nanti.
“Kereta bukanlah satu kejayaan tetapi kereta adalah satu bebanan di dalam kehidupan,” nasihat Azmeer kepada pengikutnya.
Pada Disember 2020, semasa menyarung jersi Kedah dalam pertandingan Liga Super, Azmeer mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan penarikan dirinya dari dunia bola sepak.
Beliau memberikan alasan bahawa beliau ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang keusahawanan dan kebajikan. Hasrat ini mengilhamkan pembinaan Pusat Pengajian Azmeer Yusof di Tongkang Yard, Alor Setar.
Walaupun sebelum ini Azmeer menyatakan hasrat untuk bermain tanpa bayaran, setahun kemudian, beliau menyertai kelab BRM FC yang akan bertanding dalam Liga M3 musim depan.
Baca :
“Dia macam dah tahu akan pergi” – Mesej akhir Suhaimi di TikTok buat peminat sebak
Tak boikot tapi utamakan bisnes tempatan, ini 10 alternatif yang ramai boleh ikut