Jenayah perang di Palestin bumi para anbiya’ yang sudah mengorbankan puluhan ribu orang menyaksikan nama Masjid al-Aqsa juga disebut orang lantaran lama diancam pengganas Zionis.
Rupanya apa yang dipanggil Masjid al-Aqsa itu meliputi semua kawasan terletak dalam pagar kompleks al-Aqsa, termasuk Masjid al-Qibli, Masjid al-Buraq, Masjid al-Qubbah, Masjid al-Qadim dan Masjid Marwan.
Ini 10 fakta mengenai Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga terpenting dalam Islam seperti dikongsikan Usaid Subki:
Ini adalah sekelumit kecil usaha dari saya untuk kita sama-sama mengenali Masjid al-Aqsa dengan lebih dekat.
Masjidil Al-Aqsā adalah satu kompleks yang terletak di dalam tembok seluas 144,000 meter persegi bersamaan 35 ekar iaitu 1/6 dari keseluruhan kawasan Baitulmaqdis.
Tahukah anda, kompleks Masjid al-Aqsā ini sebenarnya mengandungi:
1. 7 buah masjid dan musolla. 5 daripadanya digunakan untuk solat. 2 daripadanya sebagai muzium dan juga perpustakaan.
Antaranya adalah Masjid al-Qibli/Jami’ al-Aqsā, Masjid al-Qadim, Musalla al-Marwani, Masjid al-Buraq, Masjid al-Magharibah dan juga Masjid al-Nisa’.
2. 15 buah pintu masuk. Namun, yang dibuka daripadanya hanya 10 buah sahaja. Antara pintu-pintu yang ada adalah Bab al-Asbat, Bab Hittah, Bab al-Atam, Bab al-Ghawanimah, Bab al-Nazir dan lain-lain. Antara pintu yang sudah ditutup adalah Bab al-Rahmah dan juga Bab al-Janaiz.
3. 4 buah menara azan. Antaranya menara di pintu al-Magharibah, menara di pintu al-Silsilah dan juga menara di pintu al-Asbat.
4. 15 buah kubah. Dalam bahasa Arab, kata jamak bagi kubah adalah al-Qibab. Antaranya adalah Qubbah al-Sakhrah, Qubbah al-Silsilah, Qubbah al-Mi’raj dan lain-lain.
5. 12 buah sekolah. Antaranya sekolah al-Aqsa al-Islamiyyah, sekolah al-Ghadiriyyah, sekolah al-Basitiyyah dan lain-lain lagi.
6. 2 tempat pejalan kaki (al-Ruwaq). Ia adalah al-Ruwaq al-Gharbi dan juga al-Ruwaq al-Shimali.
7. 8 buah pintu gerbang. Ia dipanggil sebagai al-Baikah. Antaranya al-Baikah al-Syamaliyyah, al-Janubiyyah, al-Syarqiyyah dan lain-lain.
8. 6 buah mihrab. Antaranya; Mihrab Salahuddin al-Ayyubi.
9. 26 buah mastabah (teras batu).
10. 25 buah perigi.
Moga-moga kita direzekikan untuk sama-sama bersolat di Masjid al-Aqsā dalam keadaan ia sudah bebas dari tangan-tangan kotor si penjajah!
Baca:
“Itu fasa hodoh saya, orang suruh, semua saya buat” – Alif Satar
“Dia memang cakap nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja” – Ina Naim dedah pesanan
Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa