Realtime website trackingweb stats

Jalan bercahaya dalam gelap pertama dah ada di Malaysia, jangan terkejut, ini koordinatnya

Oleh NURAIMAN

Jangan terkejut jika waktu malam memandu tiba-tiba anda menempuh jalan raya bercahaya dalam gelap.

Jalan ‘glow in the dark’ itu merupakan cubaan projek rintis Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat dalam membawa inovasi ke dalam kejuruteraan jalan.

Lokasinya di Semenyig. Lebih spesifik di persimpangan Jalan Sungai Lalang B19 dan Jalan Sungai Tekali B16 yang merupakan kawasan digelar ‘monkey hangout’.

Ini koordinatnya 3.093245,101.894864. Hati-hati memandu di jalan raya.

Jalan bercahaya dalam gelap pertama dah ada di Malaysia, jangan terkejut, ini koordinatnya

Teknologi jalan bercahaya dalam gelap itu tular di media sosial baru-baru ini.

Jalan futuristik itu dipenuhi dengan cat terdiri daripada serbuk pencerah foto yang mengecas di bawah cahaya matahari.

Cahaya hijau kemudiannya terpancar sehingga 10 jam pada waktu malam.

Ini membolehkan garis jalan dan tanda turapan dapat dilihat dengan lebih baik oleh pemandu dan pengguna jalan raya yang mengharungi kegelapan malam.

Sejumlah foto yang memaparkan jalan raya bercahaya dalam gelap itu telah dikongsikan oleh ramai warganet di media sosial.

Baca:

“Dia memang cakap nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja” – Ina Naim dedah pesanan

Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa

Kaya vitamin dan mineral tapi kerap diabai, ini 4 waktu sesuai makan buah-buahan