Keganasan Zionis Yahudi di bumi para anbiya’ sejak 75 tahun lalu mengusir dan membunuh ramai orang Palestin amat melampau sedangkan mereka akan dijanjikan menikus bakal di belakang pokok gharqad.
Rasulullah mengisyaratkan melalui hadisnya bahawa pada akhir zaman nanti bakal berlaku peperangan antara orang Islam dan orang Yahudi.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hinggalah kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin dapat membunuh mereka hinggakan orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu atau pohon itu berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia,’ kecuali pohon gharqad (sejenis pokok renek) kerana ia adalah pohon Yahudi.'” (Riwayat Muslim)
Itu sebabnya, gharqad sejak puluhan tahun lalu ditanam secara besar-besaran. Yahudi percaya dengan hadis di atas, bahawa pohon seperti semak itu akan melindungi mereka daripada dikejar pejuang Islam.
Ketahui cerita di sebalik projek gharqad seperti dikongsikan Zainur Rashid Z ini:
Projek penanaman pokok gharqad sudah menjadi sinonim dengan perjuangan Zionis sejak puluhan tahun lalu.
Projek ini diletakkan di bawah projek khas Jewish National Fund (JNF) yang telah menanam jutaan pokok gharqad di seluruh tanah jajahan Israel (Palestin 1948).
JNF meletakkan target untuk menanam sebanyak lima juta lagi pokok gharqad sehingga 2030.
Kos menanam untuk setiap pokok gharqad ini adalah sekitar USD 18.
Kos penanaman dan pembesarannya didanai oleh para penyokong JNF dan diiklankan di semua negara penyokong seperti di Amerika Syarikat (AS), China, Argentina dan lain-lain.
Tanpa malu dan segan, mereka menyatakan bahawa pokok gharqad ini adalah antara elemen penting untuk survival negara Israel daripada pertembungan dengan umat Islam.
Isu pokok gharqad tiada dalam kitab Yahudi dan Kristian tetapi jelas termaktub dalam hadith shahih Rasulullah SAW.
Jadi, bukanlah satu rahsia bahawa mereka mempercayai kebenaran hadith Nabi SAW tetapi mereka mengingkarinya.
Baca :
Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang
Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya