Realtime website trackingweb stats

Ramai budak rupanya dah kena diabetes, doktor akui trend ini tak pernah berlaku pun dulu

Oleh NURAIMAN

Ramai budak rupanya sudah didiagnosis dengan diabetes dah hal paling membimbangkan ini diakui doktor perubatan sebagai tak pernah berlaku pun dulu.

Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway Dr Teoh Wei Leng mendedahkan usia pesakit yang didiagnosis dengan diabetes kini semakin muda.

“Baru-baru ini, saya mendiagnos seorang remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes.

“Malah, pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak diabetes Jenis 2 itu dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” lapor Harian Metro.

Beliau turut mengingatkan bahawa menjelang 2025, terdapat tujuh juta rakyat orang dewasa akan menghidap penyakit diabetes.

Ini 7 fakta dikongsikan Dr Teoh berkenaan penyakit diabetes yang sedang dan akan ‘menjajah’ kesihatan jutaan rakyat Malaysia:

1. Diabetes berlaku apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

2. Insulin ialah hormon yang membantu glukosa masuk ke dalam sel manusia bagi digunakan untuk tenaga dan apabila ini gagal, ia boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dalam badan. Dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kerosakan organ pada mata, buah pinggang, saraf, saluran darah atau jantung.

3. Tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif, dan obesiti adalah penyebab utama diabetes.

4. Kerap membuang air kecil, dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba, dan kelesuan adalah tanda-tanda hidap diabetes.

5. Diet seimbang yang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah penting.

6. Didikan amalan memilih makanan yang sihat sejak kecil adalah perlu agar dapat membentuk tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat sekali gus mengurangkan peningkatan obesiti.

7. Gabungkan pemakanan sihat dengan senaman yang kerap. Walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, ini boleh membawa kepada perubahan besar.

Baca:

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh