Realtime website trackingweb stats

‘Dari hujung hati ke hujung tangan’, auto sayang Sabah, pelik ucapan maaf abang blazer merah ini

Oleh FATIN AQILAH

Seorang lelaki yang sebelum ini tular dikecam terutamanya rakyat negeri Sabah tampil mohon maaf dengan antara lain katanya ‘dari hujung hati ke hujung tangan’.

Namun, ramai respon menganggap pelik ungkapan itu memandangkan lazimnya orang sebut, “dari hujung rambut ke hujung kaki”.

Lelaki berkenaan juga auto megakui sayang orang Sabah selepas videonya bertindak kasar ke atas seorang penghantar makanan dihujani cemuhan orang ramai.

Pengawal keselamatan itu dalam permohonan maaf secara terbuka di media sosial, 8 November lalu berkata, dia tidak mahu perkara tersebut terus tular sehingga mengganggu kehidupannya.

'Dari hujung hati ke hujung tangan', auto sayang Sabah, pelik ucapan maaf abang blazer merah ini

“Saya dikenali sebagai Abang blazer merah ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah atau pun sesiapa yang terasa atas percakapan saya seperti mana yang berlaku dalam video viral yang lepas.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi, saya juga tidak ingin perkara ini berlanjutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan.

“Saya minta maaf sekali lagi supaya benda ini tidak berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, dia mengakui bahawa tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak termasuk rakyat Sabah.

“Saya tidak ada masalah dengan orang-orang lain, saya tiada masalah dengan orang-orang Sabah.

“Saya sayang semua orang. I love Sabah. Terima kasih juga kepada semua orang yang membantu kes saya,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kertas siasatan berkait kes pergaduhan antara seorang penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2 November lalu telah dilengkapkan.

Jelasnya, kertas siasatan terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

@sabah_infoAbang Blazer Merah minta maaf. “Sayang semua orang. I Love Sabah” katanya

♬ original sound – Sabah Info

Baca:

Bagi yang nak mula berlari, boleh ikut panduan ini, Tengku Zafrul pun amal latihan interval

Buah jadi lambang tanah air, ini 5 fakta mengapa tembikai jadi simbol perjuangan Palestin

“Saya fikir tentang mati, hati memberontak, saya nak berhenti muncul di khalayak”- Diana Amir