Realtime website trackingweb stats

Ramai tak tahu pasal ‘skin bank’, ini fakta mengejutkan tentang ‘bank kulit’ terbesar di dunia

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ramai tak tahu bahawa Israel membangunkan ‘skin bank’ yang dikatakan sebagai terbesar di dunia.

Timbul persoalan mengenai etika dan amalan yang berkaitan dengan perolehan kulit dan organ di negara haram itu.

Bekalan kulit yang diperoleh itu pula adalah dari rakyat Palestin, menurut penerbitan The Guardian pada 2009.

Kulit-kulit yang disiat itu adalah daripada badan atau mayat yang tidak dikenal pasti dan tidak lulus pemeriksaan bedah siasat.

Ini fakta mengejutkan tentang ‘bank kulit’ yang menggambarkan keji dan dahsyatnya kekejaman bangsa mereka di muka bumi ini:

1. Ahli patologi Israel dalam laporan The Guardian pada 2009 mengaku adanya aktiviti mengambil organ daripada rakyat Palestin yang terbunuh tanpa persetujuan keluarga mereka.

2. Selain kulit, Israel turut memungut kornea, injap jantung dan tulang daripada mayat.

3. Pemungutan kulit dan organ ini kononnya bagi tujuan merawat luka bakar dan pelbagai keadaan perubatan.

4. Amalan itu dikatakan berakhir pada 1990-an dan masa masa ini, organ-organ tersebut diambil mengikut undang-undang dan dengan persetujuan terlebih dahulu.

5. Kementerian Kesihatan Israel dalam satu respon kepada pembongkaran itu, menyatakan bahawa “ia pernah berlaku suatu ketika dahulu.”

@arjuna7313 Semoga kalian semua dihancurkan oleh Allah swt….lambat dan cepat je . tunggu lah masa kalian akan tiba ! #freepalestine🇵🇸❤️ #iloveisrael🇮🇱 🐷🐷 #visitisrael➡️ #telaviv ♬ original sound – Andika7313

Baca:

Buah jadi lambang tanah air, ini 5 fakta mengapa tembikai jadi simbol perjuangan Palestin

“Saya fikir tentang mati, hati memberontak, saya nak berhenti muncul di khalayak”- Diana Amir

Ini 5 minuman, makanan kegemaran Rasulullah SAW yang patut kita juga amalkan