Semua orang tahu bahawa sejak awal tahun lalu, pelakon dan pengacara Diana Amir telah mula memakai niqab, dan penampilannya itu telah mendapat respon positif dari netizen.
Mengambil kira hiburan media, Diana mendedahkan bahawa keputusannya untuk memakai tudung membuatnya sedar bahawa kematian sudah semakin dekat dengannya.
Menurutnya lagi, dia memakai niqab adalah sesuatu yang tidak pernah terpikir olehnya sebelum ini.
Tujuannya hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata.
Diana juga menegaskan bahawa dia tidak bercadang untuk muncul di televisyen, bahkan dia bertekad untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” katanya.
Pada masa yang sama, Diana menyatakan kesedaran bahawa kematian semakin hampir, dan kita boleh dijemput pada bila-bila masa.
“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.
Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” katanya.
Baca:
“Saya bukan nak tegakkan apa-apa, nak unfollow saya tak boleh halang” – Uqasha Senrose
Ini 5 minuman, makanan kegemaran Rasulullah SAW yang patut kita juga amalkan
Sebulan dibedil pengganas, ini 3 ungkapan kerap diucap penduduk di bumi para Nabi