Realtime website trackingweb stats

Bagi yang nak mula berlari, boleh ikut panduan ini, Tengku Zafrul pun amal latihan interval

Oleh ADINDA

Bagi yang mahu mula berlari, boleh ikut panduan dikongsikan jurulatih Fadhli Yahya ini mengenai latihan interval.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri juga amal larian sama.

Konsep larian interval ini ialah lari laju berselang seli lari dengan rentak lebih perlahan.

Ini tips dari Fadhli Yahya:

1. Minit pertama buat briswalk diikuti minit kedua berjoging ikut kemampuan masing-masing.

2. Lakukan selang seli sekitar 30 hingga 40 minit.

3. Mulakan sekarang supaya tidak menyesal kemudian hari!

Menurut Tengku Zafrul, beliau mengamalkan latihan larian interval ini setiap dua atau tiga minggu.

Ada ketika hari yang agak sibuk atau hujan lebat, beliau berlatih larian interval di atas ‘treadmill’.

Beliau menyifatkan bahawa latihan interval terbukti boleh meningkatkan daya pecutan.

“Teknik pilihan saya ialah dengan melakukan pecutan selama 2.5 minit dan kemudian diperlahankan kepada larian joging selama 2.5 minit juga,” katanya.

Buat anda yang masih bertangguh-tangguh untuk mula berjoging hujung minggu ini, cuba perhatikan sosok tubuh dan penampilan Tengku Zafrul yang sudah pun berusia 50 tahun.

Ketika mereka yang seangkatan usia beliau mengalami masalah berat badan berlebihan, Tengku Zafrul nampak ‘fit’.

Malah, mungkin usia biologi beliau jauh lebih muda daripada sebahagian orang muda sendiri!

Sebabnya, mereka yang sering bersenam seperti berjogging memiliki wajah tampak lebih segar selain tubuh badan sihat dan proaktif bekerja.

Aktiviti larian secara konsisten pula berupaya meningkatkan metabolisma badan dan merancakkan proses mengepam oksigen terus ke paru-paru.

Hal ini sekaligus akan melancarkan peredaran darah dalam sistem badan. Malah, fokus dan produktiviti meningkat ketika berada di tempat kerja.

Bahkan, amalan buang peluh dengan berlari juga membolehkan anda menikmati tidur lebih lena dan esok paginya bangun dengan tubuh rasa segar dan jiwa pun rasa lebih bersemangat.

Baca:

“Saya bukan nak tegakkan apa-apa, nak unfollow saya tak boleh halang” – Uqasha Senrose

Ini 5 minuman, makanan kegemaran Rasulullah SAW yang patut kita juga amalkan

Sebulan dibedil pengganas, ini 3 ungkapan kerap diucap penduduk di bumi para Nabi