Pelakon Uqasha Senrose telah dengan terbuka memohon maaf kerana dia baru-baru ini memuat naik video promosi Konsert Stars on Fire Hrithik Roshan di akaun Instagram miliknya.
Uqasha mengatakan bahawa dia telah memadam hantaran tersebut setelah diberi label ‘liberal’ oleh pengguna internet.
“Saya sudah pun padam hantaran terbabit dan ingin memohon maaf.
“Saya mendapat ribuan komen pada hantaran terbabit, ada yang sifatkan saya tak sensitif dengan keadaan semasa.
“Jadi nak mohon maaf, bukan kerana tak sensitif tentang isu semasa. Saya bukannya nak tegakkan apa-apa pun di sini, salah tetap salah.
“Terima kasih atas teguran yang baik, mana yang kononnya ‘done unfollow’ itu semua saya tak boleh nak halang. Apapun, saya mohon maaf,” katanya dalam satu sesi siaran langsung di Instagram, semalam.
Selain itu, Uqasha telah memadam mesej tersebut dan telah berhubung dengan penganjur konsert untuk menjelaskan keadaan sebenar dan mencapai persetujuan.
Pada masa yang sama, Uqasha mengakui kesilapannya kerana terlalu menggemari bintang terkenal Bollywood itu.
“Kekhilafan saya sendiri kerana teralpa sekejap. Mungkin kerana saya terlampau minat Hindustan, saya teruja.
“Manusia tak lepas daripada buat kesilapan, saya tak takut dengan mulut orang komen macam-macam, cuma sesiapa yang tegur cara baik, saya hargai dan saya sudah padamkan.
“Saya rasa macam dibuli, saya nak tenangkan hati, saya akui mungkin saya terlepas pandang dan orang fikir saya tak sensitif. Jadi, saya terus padamkan dan jelaskan pada semua orang.
“Saya bukan liberal, bukan neutral, tak takut hilang pengikut mahu pun bimbang akaun Instagram disekat,”katanya.
Pada masa yang sama, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini menyatakan bahawa dia sentiasa mengikuti perkembangan terbaru krisis Palestin-Israel setiap hari, tetapi dia berpendapat bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi dalam media sosialnya.
“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Apa yang boleh saya cakap, setiap perkara yang saya lakukan, produk yang saya boikot (berkaitan Israel), sumbangan yang saya buat, rasanya tidak perlu untuk saya beritahu kepada semua orang,” katanya.
Baca:
Walau kena ‘slipped disc’, masih beramal bawa air percuma, kata-kata di papan tanda mengharukan
Minta tips mahu ‘me time’ di hospital seminggu, wanita ini amat stres layan perangai suami
Baru lahir anak hasil dengan Neymar, rumah keluarga kekasih bintang Brazil ini pula kena rompak