Realtime website trackingweb stats

Kaya vitamin dan mineral tapi kerap diabai, ini 4 waktu sesuai makan buah-buahan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Buah-buahan memang kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh tetapi masih ada yang tidak peduli pun khasiatnya.

Ada yang lama tidak makan buah selain menganggap mahal dan tidak mengenyangkan sedangkan masih boleh berbelanja untuk makanan rapu yang jelas mengandungi banyak bahan pengawet berbahaya untuk tubuh.

Orang dewasa dinasihatkan untuk mengambil 400 hingga 600 gram buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Hanya bagi pesakit diabetes, perlu dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan untuk menentukan waktu dan jumlah buah yang paling sesuai untuk keperluan kesihatan anda.

Ini 4 waktu terbaik untuk menikmati buah-buahan agar ia memberi manfaat secara optimum kepada sistem tubuh:

1. Waktu pagi

Kaya-vitamin-dan-mineral-tapi-kerap-diabai,-ini-4-waktu-sesuai-makan-buah-buahan 01

Ada orang suka memulakan hari mereka dengan makan buah-buahan sebagai sarapan. Memakan buah sebagai sarapan dapat memberikan rasa kesegaran kerana ibarat ‘berbuka puasa’ selepas tidak makan apa pun semasa tidur.

Buah-buahan yang dimakan waktu sarapan membekalkan tenaga dengan cepat kerana karbohidrat ringkas yang terkandung di dalamnya lebih mudah dihadam

Sistem pencernaan pun jadi lebih baik dengan memulakan pagi hari dengan potongan buah segar. Hanya selepas menjamah buah perlu disusuli dengan makanan lain bagi mengelak cepat rasa lapar.

2. Waktu antara makanan

Kaya-vitamin-dan-mineral-tapi-kerap-diabai,-ini-4-waktu-sesuai-makan-buah-buahan 02

Tinggalkan tabiat makan makanan manis dan bergoreng yang tinggi kandungan gula atau garam itu. Beralih kepada potongan buah sebagai kudapan yang sihat.

Anda boleh makan beberapa biji anggur untuk mengatasi rasa lapar di antara waktu makan. Potongan buah mempelam pun boleh bagi mengelak menjamah makanan berat.

3. Sebelum berlari atau bersukan

Kaya-vitamin-dan-mineral-tapi-kerap-diabai,-ini-4-waktu-sesuai-makan-buah-buahan 03

Nak cepat dapat tenaga makanlah buah sebelum berlari atau melakukan aktiviti sukan lain. Makan buah-buahan sebelum bersukan dapat memberikan tenaga tambahan.

Pisang contohnya, adalah pilihan yang baik kerana mengandung kalium bagi membantu mencegah kekejangan pada otot.

Kebanyakan buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa. Dari gigitan pertama, mulut akan menghasilkan enzim yang memecahkan karbohidrat ini kepada bahan yang lebih mudah dihadam.

Namun, tidaklah bermakna tubuh boleh mencerna buah lebih cepat berbanding makanan lain. Sebabnya, masih terdapat serat dalam buah yang boleh melambatkan proses penghadaman.

4. Makan tengah hari atau makan malam

Kaya-vitamin-dan-mineral-tapi-kerap-diabai,-ini-4-waktu-sesuai-makan-buah-buahan 04

Makan buah sebelum memulakan makanan berat semasa waktu makan tengah hari atau makan malam. Sepotong betik contohnya, boleh membantu membekalkan lebih banyak serat dan nutrisi dalam makanan anda.

Pada asasnya, tidak ada perkara seperti “masa terbaik untuk makan buah”. Anda boleh makan buah pada bila-bila masa asalkan tidak mendatangkan masalah pada tubuh seperti gangguan penghadaman atau peningkatan gula dalam darah.

 

Baca :

“Bila nak tidur datang bisikan suruh saya terjun balkoni, tusuk pisau di perut”- Khai Bahar 

“Saya sedang berselera dan seronok” – Diana Danielle tampil jawab dakwaan sedang hamil 

“Bagus PLKN, boleh buka otak” – Nourul Depp tawar diri nak jadi jurulatih PLKN