Realtime website trackingweb stats

“Bila nak tidur datang bisikan suruh saya terjun balkoni, tusuk pisau di perut”- Khai Bahar

Oleh NURAIMAN

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan bahawa pada awal tahun 2019, beliau pernah mengalami serangan ‘anxiety’ teruk.

Katanya, ekoran serangan perasaan itu jiwanya tidak tenteram dan merasakan kesusahan yang begitu mendalam sehingga terfikir untuk menyakiti diri sendiri.

Dalam sesi temu bual bersama Hlive, Khai menjelaskan bahawa beliau berasa cemas dengan masalah tersebut, oleh itu, dia telah mengajak abangnya untuk tinggal bersama mereka.

LINK: https://www.instagram.com/p/CzVE4SWPrrT/?utm_source=ig_embed&ig_rid=0b7f0525-1cc6-4460-92d6-3f78ec2223a0

“Saya pernah kena anxiety masa 2019, lepas pada kena tu, saya rasa sunyi dekat rumah, tak tahu nak buat apa.

“Saya ajak abang saya duduk sekali, dia baru ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua.

“Macam-macam benda saya fikir masa itu, saya kena sebelum PKP, awal 2019. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi murung dan overthinking,” katanya.

Khai berkongsi bahawa setiap kali dia tidur, dia pernah mendengar suara bisikan yang menggesa dia untuk melompat dari balkoni dan menusuk dirinya sendiri dengan pisau.

“Setahun lebih saya struggle dengan anxiety, nak tidur tak boleh, rasa sesak nafas. Bila nak tidur, ada dengar macam orang bisik-bisik, ‘apa kena dengan aku ni? dan suruh terjun balkoni la.

“Saya sampai simpan pisau dalam almari, sebab kalau saya nampak pisau itu, saya terbayang saya ambil pisau rodok diri sendiri,” katanya.

Baca:

“Saya sedang berselera dan seronok” – Diana Danielle tampil jawab dakwaan sedang hamil

“Bagus PLKN, boleh buka otak” – Nourul Depp tawar diri nak jadi jurulatih PLKN

Ini 4 cara mahu tahu kereta ‘second hand’ pernah terendam banjir atau terlibat kemalangan