Pelakon Diana Danielle muncul di insta story bagi menjelaskan pertanyaan banyak pihak sama ada dia sedang hamil ekoran gambar-gambar yang menunjukkan dia semakin berisi.
Diana menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang kerap makan, tetapi situasinya kini sedang berbeza.
“Macam anda nampak sendiri, berat badan saya semakin bertambah. Jadi terimalah kenyataan saya sedang berselera untuk makan buat masa ini.
“Saya sendiri sebenarnya susah untuk makan. Kadang-kadang selera tidak ada dan makan sedikit sahaja. Saya juga tak suka makan sampai kenyang perut.
“Jadi yang bertambah adalah berat badan. Hamil? Tidak,”katanya.
Sementara itu, Diana tidak risau tentang penambahan berat badannya ketika ini kerana dia tahu akan tiba masanya nanti, dia memilih untuk kurangkan pengambilan makanan.
“Saya sedang berselera dan seronok menikmati makanan ketika ini. Jadi, saya benarkan berat badan bertambah. Selepas ini, mungkin akan malas makan semula.
“Saya memang begini sejak dulu,” ujarnya menerusi Instastory.
Komen daripada orang ramai kebanyakannya berharap agar dia dan suaminya, Farid Kamil, akan segera dikurniakan seorang anak selepas rujuk semula pada 31 Ogos lepas.
Untuk makluman, pasangan pelakon ini dilaporkan telah bercerai melalui sesi Google Meet pada 10 Ogos tahun ini selepas mengalami pertelingkahan yang berlarutan selama beberapa bulan.
Baca:
“Bagus PLKN, boleh buka otak” – Nourul Depp tawar diri nak jadi jurulatih PLKN
Ini 4 cara mahu tahu kereta ‘second hand’ pernah terendam banjir atau terlibat kemalangan
Bil elektrik tidak lagi beratus ringgit, amalkan 5 tips berjimat guna penyaman udara