Baru saja melahirkan anak perempuan hasil hubungan dengan Neymar, rumah keluarga teman wanita bintang Brazil berkenaan kena rompak.
Perompak memecah masuk rumah Bruna Biancardi dan mengikat keluarga kekasih Neymar itu sebelum melarikan barangan mewah.
Kejadian yang berlaku pada awal pagi 7 November oleh sekumpulan perompak itu menyaksikan ibu bapa Biancardi yang berusia awal 50-an, diikat.
Kumpulan perompak terbabit kemudiannya menggeledah peti simpanan mereka.
Ekoran itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, dipercayai ahli kumpulan tersebut, tinggal berdekatan rumah mangsa dan sudah ditahan.
Semasa detik insiden jenayah yang mencemaskan itu, Neymar dan Biancardi tidak berada di rumah.
Namun, selepas mendapati tiada apa-apa yang berharga, mereka mensasarkan barangan mewah seperti beg, jam tangan dan barang kemas.
“Saya, Mavie dan adik saya tidak lagi tinggal di sana. Syukur semua selamat. Harta boleh dicari.
“Perkara paling penting ialah semua orang selamat dan mereka yang terbabit ditemui.
“Terima kasih tuhan kerana menjaga kami dan melindungi kami daripada kejahatan. Amin,” kata Biancardi.
Keluarga tersebut melaporkan kes rompakan iitu kepada pegawai keselamatan kediaman berpagar tersebut, membantu pihak polis mengesan kenderaan digunakan perompak menerusi kamera litar tertutup.
Kenderaan berkenaan adalah kepunyaan jiran pasangan berkenaan dan digunakan oleh anak mereka yang berusia 20 tahun. Dia kemudian berjaya dikesan dan ditangkap pihak polis.
Baca:
“Mahkamah tak bongok” – Aliff Syukri bagi jawapan padu kepada Azwan Ali