Boleh cecah beratus ringgit bil elektrik di rumah kalau jenis hobi asyik petik suis atau ‘remote control’ penyaman udara tanpa kawalan.
Sudahlah kerajaan dah umum untuk menghentikan subsidi elektrik kepada golongan T20 atau mereka yang menggunakannya terlalu banyak.
Jadi, mahu tidak mahu seluruh isi rumah perlu dingatkan pentingnya mengawal penggunaan elektrik lebih-lebih lagi penyaman udara.
Ikuti 5 tips penggunaan penyaman udara berhemat bagi mengelak bil elektrik melambung tinggi seperti dikongsikan oleh bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan, Bulbir Singh ini:
1. Laraskan suhu sistem penyaman udara hawa pada 24 darjah Celsius.
2. Tukar atau bersih penapis penyaman udara dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut.
3. Penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu pendingin hawa beroperasi pada tahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang udara bagi memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Pada waktu malam, buka suis kipas dan tetapkan masa penyaman udara untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap selesa selepas beberapa jam penyaman udara dihidupkan. Tambahan pula, penggunaan kipas adalah lebih baik dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.
Baca:
Lain macam kes buli di sekolah ini, tergamak paksa makan najis, pembuli memang ‘sakit’ mental
Heboh digosip dengan Syamsul, Irene akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar
“Saya terpaksa tumpang polis” – Ezad dedah punca pulang awal selepas GV