Realtime website trackingweb stats

Penolong pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah, ini makna mudahkan urusan orang

Oleh NURAIMAN

 

Seorang lelaki berkongsi cerita bagaimana baiknya penolong pegawai penyiasat trafik di Perlis yang sanggup datang ke rumah ayahnya yang patah tulang rusuk akibat kemalangan.

Tindakan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu meraih pujian ramai dan disifatkan sebagai memudahkan urusan orang lain.

Terdahulu, Redzul Redza berkata, ayahnya terlantar di rumah tidak dapat bergerak akibat kecederaan serius selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Oleh sebab itu, beliau nekad ke balai polis trafik Kangar untuk tujuan laporan kemalangan bagi keperluan tuntutan insurans.

Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan tidak dibenarkan wakil sebaliknya hanya mangsa kemalangan saja boleh buat report.

“Depa kata tengok budi bicara IO in charge . Alhamdulilah, IO bertugas sangat baik. IO luangkan masa datang rumah ambil statement dan buat report kemalangan,” tulisnya.

Sehubungan itu, Redzul menyatakan penghargaan tinggi kepada pegawai polis berkenaan, Sarjan Lizawaty dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

“Polis dan masyarakat berpisah tiada. Terima kasih Allah memudahkan segala urusan.

“Respect Sarjan Lizawaty dari balai trafik Kangar. Salute Cik Polis. Report dah keluar,” kata Redzul lagi.

ce tidak dapat di buat selagi tiada report kemalangan dari pihak PDRM . Nak bawa ke balai agak sukar, tidak boleh bergerak mahu pun Naik wheelchair.(tulang rusuk patah & kecederaan lain) Saya nekad ke balai traffic Kangaq. Depa kata tgk budi bicara IO in charge . Alh

, Allah akan memudahkan urusan kita. Begitulah sebaliknya. Insya-Allah

Susah nak buat laporan sebab patah tulang rusuk, lelaki bersyukur

Saya balik utk urusan kemalangan abah, tapi polis maklum hanya mangsa kemalangan saja boleh buat report, tidak boleh wakil.

“Abah baru keluar hospital selama 16 hari dan kini di rumah terlantar tidak dapat bergerak.

“Tuntutan insurans tidak dapat dibuat selagi tiada report kemalangan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Redzul juga berkongsi bagaimana pergerakan untuk membawa ayahnya ke balai agak sukar kerana tulang rusuk patah.

Penolong Pegawai Penyiasat Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Sarjan Nur Hizawati Wassim yang telah membantunya.

Hizawati permudahkan urusan dengan membuat laporan kemalangan dan merakam percakapan mangsa kemalangan dengan berkunjung ke rumahnya dekat Kangar, Perlis.

Redzul meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana urusannya telah dipermudahkan dan sudah selesai.

Baca:

“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin

“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN

Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin