Lain macam kes buli di sebuah sekolah menengah di Longyan, wilayah Fujian, baru-baru ini apabila si pembuli tergamak paksa mangsanya makan najis.
Pembuli yang dianggap warganet sebagai menghidap ‘sakit’ mental itu merupakan pelajar dari sekolah menengah Longyan Qiaoyu.
Rakaman video yang tular memaparkan pembuli itu meminta pelajar malang itu makan najis manakala dia bertindak merakam video kejadian.
Berlaku di tandas sekolah, pada mulanya mangsa menolak kerana dilihat oleh pelajar lain.
Oleh itu, selepas pelajar lain diarahkan pergi, dia dipaksa lagi memakan najis tersebut.
Kes buli melampau terbabit kemudiannya sohor kini di platform media sosial. Rata-rata berang dengan apa yang berlaku dan menggesa pemerintah mengambil tindakan segera untuk menahan pelakunya.
Ramai mengutuk sekeras-kerangnya perbuatan itu dan menganggap insiden biadab tersebut pasti meninggalkan ‘parut’ seumur hidup kepada pelajar lelaki terbabit.
“Sesiapa yang melakukan ini lebih teruk daripada haiwan.
“Buli sekolah harus ditangani dengan lebih serius dan pantas dan pembuli mesti ditangani,” demikian antara kecaman dan desakan warganet China di platform media sosial Weibo.
Baca:
Dah kenapa pula kena tanggung di Padang Mahsyar? Ini jawapan Uqasha
Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura
Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan