Realtime website trackingweb stats

Dianggap kebulur perhatian, Azhar Sulaiman boleh pula sindir pemimpin Hamas

Oleh NURAIMAN

Pelakon senior Azhar Sulaiman dianggap kebulur perhatian apabila menyindir pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh ketika ribuan rakyat Palestin sudah banyak terkorban dan cedera.

Walhal, sebelum ini aktor berkenaan berkata, tidak akan mengulas atau memberikan apa-apa pendapat yang bakal disalah erti.

Azhar mencetuskan kontroversi apabila menyamakan dirinya dengan Ismail Haniyeh yang disifatkan warganet sebagai mengejek.

Hal itu berbangkit disebabkan Ismail Haniyeh dianggap hanya mengikuti perkembangan perang Palestin-Israel menerusi paparan berita dalam saluran Al Jazeera tanpa perlu berperang.

“Salam Jumaat semua, walaupun kami berdua tidak berada di Gaza berperang dengan Israel dan hanya mengikuti perkembangan perang melalui siaran berita Al Jazeera.

“Saya dan Ismail Haniyeh Ketua Politikal Hamas akan membantu Rakyat Palestin semampu kami dari jauh.

“Semoga perang ini akan berakhir cepat, Amin,” kata Azhar menerusi perkongsian dalam Instagram.

Lebih menyakitkan hati warganet apabila Azhar turut meletakkan gambarnya dan Ismail yang difahamkan kini berada di Qatar serta foto paparan berita Al Jazeera dalam hantaran itu.

Sindiran Azhar terhadap ketua strategik kumpulan pejuang tersebut dianggap melampau sehingga turut mengundang rasa kecewa orang ramai.

Ramai ‘follower’ Azhar terkilan kerana status dilontarkan tersebut tidak menggambarkan diri aktor ‘Abang 92’ itu sebagai individu berpelajaran.

“Kalau Ismail turun berperang di Gaza, dia ketua utama Hamas, kalau dia meninggal, tak ke kelam kabut nanti.

“Sama juga kalau Malaysia berperang, Agong dan Perdana Menteri tak turun berperang, tolong rasional abang, jangan ilusi,” antara komen warganet.

Baca:

Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura

Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan

Penjual tak tipu hanya kita ramai tak tahu, inilah maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”