Realtime website trackingweb stats

Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin

Oleh FATIN AQILAH

Ketabahan rakyat Palestin memang mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu dengan setakat ni sudah lebih 11,000 maut dan tertimbus di bawah runtuhan.

Majoriti mangsa keganasan rejim Zionis dikepalai Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu adalah terdiri daripada kaum ibu dan kanak-kanak.

Namun, terdapat 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin seperti dikongsikan penceramah Ustaz Elyas Ismail

1. Bersyukur jadi Muslim

Apabila ditanya sama ada mereka Muslim atau tidak, tahu tak apa jawapan mereka?

“Alhamdulillah, saya Islam.” Mereka bangga dengan Islam. Mereka menyifatkan Islam itu sebagai anugerah untuk mereka.

2. Tidur menutup aurat

Kaum Hawa di Palestin rupanya apabila tidur pun dalam keadaan berhijab.

Sebabnya, kalau rumah diletupkan dan seandainya meninggal dunia, mereka dalam keadaan menutup aurat. Sampai begitu sekali orang Palestin menjaga maruah dan syariat.

3. Bangga jadi syuhada

Orang Palestin meraikan syuhada sebagai satu kebanggaan. Jawapan mereka kalau ahli keluarga meninggal kerana dibedil senjata pengganas Israel:

“Alhamdulillah, adik/abang saya syahid.” Mereka jawab penuh kesyukuran!

Baca:

Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura

Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan

Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan