Realtime website trackingweb stats

Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Budak perempuan orang kurang upaya (OKU) fizikal ini mempunyai sikap positif yang mengagumkan walaupun kaki kanannya tiada tapak kaki manakala kaki kiri pula hanya ada tiga jari.

Jari telunjuk tangan kiri Anis Ayra juga pendek dan tidak boleh dibengkokkan tetapi kanak-kanak berkenaan yang mesra disapa baby kecil-kecil sudah berdamai dengan takdir.

Menurut ibunya, Noraini Muhamad, 37, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu mempunyai sisi positif yang kuat.

Tiada-tapak-kaki-kanan,-kaki-kiri-pula-ada-tiga-jari,-tapi-sikap-positif-OKU-cilik-ini-mengagumkan 01

Anis tidak pernah berasa rendah diri dengan keadaan dirinya biarpun sebelum ini menangis kerana jarinya tidak boleh membengkok seperti rakan seusia lain.

“Anis Ayra anak yang mudah mesra dan memahami keadaan diri yang tidak sempurna seperti kakak dan abangnya, tetapi dia tidak sedih berlebihan.

“Cuma dia suka cakap kaki kanan dia ‘tercabut’ dan mendengar itu memang buat saya sebak.

“Saya cakap dengan dia yang kakinya ada, tetapi di syurga dan menunggunya di sana. Mendengar itu membuatkan Anis seronok dan saya tahu anak saya boleh menerima keadaan diri biarpun dia pernah bersedih kerana kekurangannya,” lapor Harian Metro.

Sejak berusia setahun, Anis Ayra perlu menjalani rawatan rehabilitasi untuk menggalakkannya memakai kaki palsu ketika berjalan.

Namun, Noraini yang menjual pakaian dihasilkannya di TikTok @ainimuhamad86, memberitahu anaknya juga boleh berjalan tanpa kaki palsu.

“Kalau pakai kaki palsu, dia nampak seperti normal saja…tetapi dia juga boleh berjalan dan berlari tanpa kaki (palsu) itu, cuma tidak sempurna seperti kita.

“Namun Anis Ayra tidak berasa rendah diri dan tetap kuat semangat,” katanya yang mahu semangat itu terus kental sehingga anaknya meningkat dewasa.

Tinggal di Kampung Sungai Kertas, Gombak, Noraini berkata, dia mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun selepas Anis dilahirkan.

Pembantu tadbir berkenaan mengakui tidak mudah untuk melepaskan Anis di bawah jagaan orang lain ketika masih bayi.

Noraini berpendapat tempoh lima tahun adalah penting untuk membina keyakinan diri kanak-kanak itu apatah Anis adalah perempuan, selain mereka perlu melakukan rawatan susulan untuknya.

“Keputusan saya turut disokong suami (Hasnul Hakim Othman, 39) dan buat masa sekarang, saya mengambil tempahan jahit baju kanak-kanak untuk membantu suami yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kami hidup sederhana saja biarpun dahulu tidaklah mewah tetapi perubahan kali ini, memang ketara kerana suami saja bekerja, tetapi demi Anis Ayra kami tidak kisah,” tambah Noraini lagi.

 

Baca :

Warga asing kantoi basuh baju, mandi dalam tangki atas bumbung, siap air bilas sabun masuk balik 

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya 

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak