Realtime website trackingweb stats

Kecoh lelaki berjalan tengah laut, ada bot pula jemput, kalau ingat Geografi tak terkejut pun

Oleh SHAZLIN AZIZ

Aksi seorang lelaki yang dilihat santai berjalan tengah laut dengan kemudiannya ada bot pula jemput buat warganet terutamanya di Indonesia kecoh.

Mana tidaknya, rata-rata netizen menganggap lelaki itu hebat selain mengaitkan hanya teknik fotografi, padahal ‘jawapan’ dah ada dalam mata pelajaran Geografi.

Rakaman video itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @rumponaluenaga baru-baru ini.

Dalam klip video itu, seorang lelaki kelihatan selamba sedang berjalan menyeberangi laut tetapi sebenarnya, paras air di situ dikatakan hanya berada pada paras lutut.

Sebuah bot kemudiannya dilihat berhenti di tengah laut berhampiran lelaki itu sebelum dia menghampiri dan menaiki bot tersebut.

Sebenarnya, lelaki itu berjalan di atas beting pasir iaitu bentuk muka bumi yang memanjang ke dalam air.

Lazimnya, beting tersebut terdiri daripada pasir, mendakan atau anak batu yang mampu menghalang pelayaran dan aliran arus air.

Itu sebabnya, lelaki berkenaan nampak macam boleh berjalan di tengah laut.

@rumponaluenagajemput ayan mariana terdampar di kuala alue naga

♬ Saat Di Pantai – Redwine Coolers

Baca:

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak

Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran