Pelakon Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof baru-baru ini mencuri tumpuan apabila tampil membuka mulut setelah diasak untuk mendedahkan wajah anak mereka, Tuah Alam.
Menerusi Instagram, Ezza ada memuat naik video anaknya yang kini sudah mencecah usia tiga bulan namun tidak mendedahkan wajah permata hati mereka itu secara terus.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meminta Ezza untuk mendedahkan wajah Tuah Alam untuk tontonan mereka.
Ezza kemudian membalas satu komen netizen yang mengkritik keputusannya untuk tidak mendedahkan wajah si kecil itu.
“Anak saya, makcik pula yang panas”
View this post on Instagram
Sekadar info, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Tuah Alam.
Baca:
Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran