Realtime website trackingweb stats

Susah tidur walaupun negara aman, 10 amalan ini pasti dapat bantu anda lebih lena

Oleh FATIN AQILAH

Ada orang jam 1, 2 pagi pun mata masih terkebil-kebil susah tidur walaupun negara aman tidak seperti Gaza yang hingar seram dihujani bom setiap malam.

Memang ada orang yang susah untuk tidur nyenyak malah mampu berjaga secara berterusan beberapa hari.

Bagi yang sudah menghidap insomnia kronik, ubat hipnotik atau ubat tidur boleh membantu tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan.

Selain hidup lebih sihat seperti kerap bersenam dan makan diet seimbang, mungkin 10 amalan ini dapat membantu anda tidur dengan lebih lena:

1. Sejam sebelum merebahkan kepala di bantal, buat senarai apa patut dibuat esok bagi mengelak memikirkannya semasa mahu tidur.

2. Sudah-sudahlah menghadap skrin telefon pintar, gajet dan TV. Tutup semua itu kira-kira 30 minit sebelum hendak tidur.

3. Masih mentekedarah sebelum tidur? Hentikanlah!

4. Buat suasana tidur yang selesa dengan katil dan selimut yang disukai.

5. Membaca Tasbih Fatimah iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

6. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

7. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah SWT akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.

8. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

9. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

10. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Baca doa sebelum dan selepas tidur dan jangan tidur dengan kaki menghadap ke arah kiblat.

Baca:

Kalau betul anak Melayu, cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini

Warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren macam kita selalu nampak, tapi…

Buat Sahajalah Ikut Kepala Kau!” – Shaarnaz Ahmad berang dengan Azhar Sulaiman