Bagi pendaki gunung sebenarnya memang syok solat dalam hutan. Kita dapat rasakan jiwa jadi rasa lebih dekat saja dengan Pencipta alam yang indah ini.
Namun, bukan semua solat semasa mendaki boleh pakat borong buat secara jamak dan qasar. Individu yang menggelarkan dirinya, “Pendaki untuk Pendaki” ada kongsikan panduan mengenai 4 kaedah solat semasa ‘hiking’:
“Ada beberapa perkara berkaitan solat ketika dalam pendakian mahupun di kem yang perlu diberi perhatian bagi pendaki beragama Islam.
Terbahagi kepada 4 kaedah dalam menunaikan solat yang biasanya diamalkan semasa pendakian:
1) Solat seperti kelaziman
2) Solat jamak (himpun) dan qasar (pendekkan)
3) Solat jamak
4) Solat qasar
Dalam semua kaedah di atas, setiap individu dalam trip mungkin perlu menunaikan dengan kaedah yang berlainan, atas sebab berlainan.
Kesukaran trip juga berlainan terhadap setiap individu. Mungkin ada yang rasa biasa-biasa dan ada yang rasa dah teruk sangat walhal dalam satu trip yang sama.
Solat jamak boleh dilakukan bagi yang bermusafir atau mereka dalam keadaan darurat. Mendaki tidak menjadikan kita dalam keadaan darurat.
Lainlah bagi beberapa kes terpencil seperti ketiadaan air dan tiada tanda-tanda untuk menjumpai air. Hal ini biasanya terjadi dalam trip rintis, tersasar trek atau sebagainya.
Jadi, di dalam trip mendaki biasa, persediaan berwuduk untuk solat boleh dirancang daripada awal berbekalkan air botol atau spray bagi kawasan yang diketahui tiada punca air berpandukan tentatif program.
Jangan main langgar tanpa persediaan. Pewai lebih daripada rakan lain juga tidak menjadikan kita darurat bagi membolehkan kita saja-saja jamak solat.
Apatah lagi jamak solat kerana orang lain semua jamak. Namun, bagi yang bermusafir solat jamak adalah dibolehkan.
Seterusnya, solat qasar hanya dibolehkan bagi mereka yang bermusafir. Jangan pandai-pandai buat Zohor 2 rakaat sebab mendaki gunung kalau tidak musafir. Kalau ada yang buat tolong ‘paw’ choki-choki dia kemudian beri tazkirah.
Jadi, yang tiada maslahah di atas, solatlah macam biasa sebagaimana di tempat lain. Nak mulakan solat atas gunung pun boleh bagi yang tidak solat, syok solat dalam hutan.
Terima kasih pada anggota pendakian yang selalu mengajak rakan-rakan bersolat.”
Baca:
Buat Sahajalah Ikut Kepala Kau!” – Shaarnaz Ahmad berang dengan Azhar Sulaiman
Kekasih dedah Salman Khan tuang arak atas tubuh demi penuhi fantasi