Realtime website trackingweb stats

Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja

Oleh FATIN AQILAH

Blender atau mesin pengisar akan mengalami masalah apabila mata pisau menjadi tumpul akibat penggunaan yang berpanjangan.

Bila anda mengisar bahan seperti bawang, anda mungkin akan mendapati bahawa ia tidak menjadi halus dan mungkin terbentuk ketulan walaupun anda menambahkan air.

Ini menandakan bahawa mata pisau pengisar telah menjadi tumpul.

Anda tidak perlu segera membeli pengisar baru, kerana terdapat pelbagai cara untuk mengasah mata pisau yang telah tumpul.

Guna garam kasar

Cara ini amat mudah, ambil segenggam garam kasar, kemudian masukkan ke dalam pengisar.

Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali.

Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.

Ketul ais

Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja

Satu cara lain adalah menggunakan air batu atau ketulan ais.

Adalah baik menggunakan air batu yang kita buat sendiri kerana ia lebih keras.

Hancurkan sedikit sebelum memasukkannya ke dalam pengisar.

Kemudian kisarkan ia seolah-olah anda sedang membuat ice blended.

Kisar selama kira-kira 10 minit, dan mata pengisar akan menjadi lebih tajam.

Beras

Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja

Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan beras untuk mengasah mata pisau pengisar.

Beras apa pun boleh digunakan, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

Selepas itu, lihat hasilnya. Ia pasti akan menjadi lebih tajam seperti baru dibeli!

Baca:

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan

Dahsyat grafik kempen boikot di Turki ini, rupanya Starbucks terang-terang sokong pengganas dunia

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada