Pasangan pendakwah terkenal, Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail, sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial selepas sesi siaran langsung mereka tular di platform TikTok.
Dalam perkongsian tersebut, pasangan ini kelihatan sedang mempromosikan pewarna bibir.
Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, kemudiannya bertindak mengganggu Hana dengan mencuba meletakkan pewarna bibir tersebut di atas bibir isterinya.
Walau pun Hana nampak tidak terlalu selesa dengan tindakan suaminya, namun dia tetap bersabar selepas suaminya itu mencuba meletakkan pewarna bibir itu.
“Tak nak lah… tak nak sayang. Muka saya ugly tau. semua orang gelakkan saya!
“Tak nak lah… sayang sengaja buat saya hodoh depan orang kan?,” katanya.
Selain itu, tindakan Syed yang menggunakan gincu berwarna merah dan menyamakannya dengan warna darah rakyat Palestin sambil menyanyi lagu Atuna El Toufoule telah menyebabkan majoriti pengguna media sosial tidak berpuas hati atas perbuatannya.
Bahkan, ada individu yang telah mengkritik Syed kerana mereka percaya dia tidak menjaga sensitiviti terhadap isu yang sedang berlaku di negara yang mengalami konflik tersebut.
“Dia kata ‘Darah sikit baru Palestin?’ serius lah main dengan darah mereka?
“Tak sesuai dengan guraun Palestin tu. Anda seolah-olah tidak sensitif dengan penderitaan mereka di sana. Lepas ni mohon berhati-hati.
@xtra_my Benda tu pun boleh buat ‘main’ lagi ke?😡 #fyp #xtramy #beritaditiktok #sembangentertainment #selebriti ♬ original sound – XTRA
Boleh pula dia bergurau dengan darah Palestin. Apa benda kau ni,” komen seorang individu di media sosial.
Tidak hanya itu, ramai netizen yang memuji kesabaran Hana kerana dia seolah-olah dibuli oleh suaminya.
Baca:
Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang
“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur
Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian