Pada waktu petang, ramai daripada kita suka mencari snek, dan salah satu snek yang paling digemari adalah pisang goreng.
Tetapi apabila kita cuba membuat tepung pisang goreng sendiri di rumah, hasilnya mungkin tidak segar dan rangup seperti yang dijual oleh peniaga di luar sana.
Jadi, peniaga telah berkongsi resepi rahsia campuran tepung untuk goreng pisang yang sangat sesuai.
Dan ianya tidak hanya sesuai untuk pisang, tetapi juga boleh digunakan untuk menggoreng keledek dan tauhu.
RESEPI BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN TAHAN LAMA
Saya merupakan peniaga gorengan dan menjual pisang, keledek, roti, kuih rengas, dan kasturi.
Saya telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama lebih daripada 20 tahun, dan saya bersyukur kerana pelanggan-pelanggan saya menyukai produk gorengan saya. Mereka suka kerana teksturnya yang rangup dan tidak berminyak.
Baru-baru ini, seorang kawan meminta resepi untuk bancuhan tepung goreng yang rangup dan tahan lama.
Saya dengan senang hati berkongsi resepi dan cara saya.
Setiap peniaga gorengan mungkin mempunyai cara mereka sendiri untuk mencipta resepi, jadi tidak perlu membanding-bandingkan resepi orang lain.
VERSI TEPUNG BERAS :
Saya guna tepung cap teratai, tepung ni memang elok untuk goreng-goreng. Saya bagi sukatan cawan ye senang, kalau nak buat banyak boleh gandakan sukatan.
-1 cawan tepung beras
-2 sudu tepung ubi
-1 sudu teh air kapur
-1 sudu teh gula, gula ni gunanya untuk merangupkan lagi tepung
-1/2 sudu teh garam
-11/2 cawan air
-Pewarna kuning telur, saya guna yang serbuk, warna dia soft
-Bancuhan ni dah cukup, tak cair sangat tak pekat sangat ya
VERSI TEPUNG GANDUM :
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu tepung kastard
-2 sudu minyak
-1 sudu teh gula
-1/2 sudu teh garam
-11/2 cawan air
– Untuk versi ni, tak perlu pewarna, sebab tepung kastard dah kuning
– Bancuh semua, nak senang, blendkan saja
– Kalau nak blend, masukkan air dulu baru tepung, jadi tak melekat tepung dekat jug blend tu. Ikut la mana-mana versi resepi yang disukai.
Untuk menggoreng pisang, ikuti langkah-langkah mudah ini:
1. Panaskan minyak dengan baik hingga benar-benar panas jika anda mahu mendapatkan pisang yang rangup seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
2. Masukkan potongan pisang ke dalam kuali. Jangan terlalu penuh supaya pisang tidak melekat satu sama lain. Bila cukup masak, balikkan pisang supaya masak merata.
3. Kecilkan api sedikit, supaya pisang tidak terlalu cepat garing, tetapi jangan terlalu kecil, kerana ini boleh menyebabkan tepung menyerap terlalu banyak minyak.
4. Jika anda ingin menggoreng pisang untuk roti, balikkan pisang itu hanya selepas ia berubah menjadi kekuningan, satu kali balik sahaja.
Selamat Mencuba!
KREDIT: Zulkifli Mat
Baca :
“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur
Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian
“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio