Adalah lumrah bagi pemilik kereta untuk mencari pelbagai aksesori dan gajet tambahan untuk kereta mereka.
Ada yang ingin mengubah penampilan kereta supaya kelihatan menarik dan unik berbanding dengan kereta lain.
Aksesori-aksesori ini juga biasanya boleh menambah fungsi dan kegunaan asal sesebuah kereta itu.
Terdapat pelbagai jenis aksesori kereta yang boleh ditemui dalam pelbagai harga dan kualiti yang berbeza.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa aksesori kereta dan barangan berguna yang boleh anda perolehi melalui platform Shopee.
1. Kotak kertas tisu boleh gantung
Kita sering menghadapi masalah apabila cuba mencari tempat untuk meletak kotak tisu kertas yang biasa ini. Kotak berbentuk segi empat tepat ini kadang-kala mengambil ruang yang berharga, menyebabkan keadaan terasa sesak jika diletakkan di tempat yang tidak sesuai.
Namun, sekarang anda boleh melupakan masalah itu, kerana penyelesaiannya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menggantungkannya pada visor kereta anda di sebelah pemandu.
Item: Kotak Kertas Tisu Kereta
Harga: RM5.25 hingga RM20.39
2. Pelindung cermin tingkap kereta magnet
Salah satu masalah yang sering dihadapi semasa memandu kereta adalah pancaran sinar matahari yang masuk dari arah cermin depan serta cermin sisi kereta.
Walaupun masih boleh mengelaknya dengan mengenakan cermin mata hitam, sekarang anda tidak perlu bimbang lagi dengan kehadiran pelindung cermin tingkap kereta magnet kereta ini.
Item: Magnet Car Sunshade
Harga: RM28.50 hingga RM38
3. Pemegang telefon boleh pusing
Pemegang telefon adalah gadget yang sering dijumpai dalam kereta pada masa ini.
Terdapat pelbagai jenis pemegang telefon, termasuk yang dipasang pada cermin, cermin depan, digantung dengan cara ‘kepit,’ dan yang menggunakan magnet.
Item: Car Phone Holder 360° Rotating
Harga: RM9.90
4. Penyangkut pelbagai guna
Tidak dapat disangkal lagi, penyangkut serbaguna ini adalah penyelamat dalam situasi di mana anda suka membeli-belah.
Di Malaysia, ia sangat popular untuk menggantung beg plastik apabila membeli air minuman dan makanan. Tambahan pula, aksesori sebegini juga telah disediakan dalam model kereta terbaru.
Item: Multipurpose Rotating Car Hanger
Harga: RM4.90
5. Poket tepi tempat duduk
Terkadang, kita boleh tercicir barang-barang di dalam poket seluar kita atau ada barang yang mungkin lebih sesuai diletakkan di tempat yang lebih selamat daripada dashboard kenderaan.
Oleh itu, poket tepi tempat duduk jenis nipis ini boleh menjadi penyelesaian yang baik untuk meletakkan barang-barang tersebut di celah antara tempat duduk dan konsol tengah.
Item: Catch Caddy Car Seat Pocket
Harga: RM4.48
6. Pengecaj kenderaan USB 3.0
Berapa ramai di sini yang tidak menggunakan telefon pintar semasa memandu?
Biasanya, penumpang akan melihat telefon pintar mereka di dalam kenderaan, dan pemandu juga sering menggunakan telefon pintar untuk aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.
Dalam situasi ini, pengecas USB jenis fast-charging pastinya sesuatu yang wajib.. Ia mempunyai kapasiti pengecasan yang lebih tinggi dan boleh menyediakan 2 atau 3 port USB dari satu sumber kuasa.
Item: Baseus 45W Metal Dual USB Quick Charge
Harga: RM17.97 hingga RM38.88
7. Aksesori penyedut hampagas mudah-alih
Penyedut hampagas mudah-alih adalah alat yang sangat praktikal kerana, seperti namanya, ia mudah dibawa ke mana-mana. Ini juga bermakna saiznya lebih kecil dari penyedut hampagas biasa untuk kegunaan rumah.
Dengan hanya menyambungkannya pada soket 12V dalam kereta anda, anda boleh membersihkan habuk dari lantai, karpet, atau celah-celah dalam kabin kereta di mana saja.
Item: Mini Handheld Vacuum Dirt Cleaner
Harga: RM11.30
8. Pemantau tekanan angin tayar
Tekanan tayar sebaiknya diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebelum memulakan perjalanan jauh.
Walau bagaimanapun, jika perlu ke kedai tayar atau stesen minyak setiap kali pasti agak leceh.
Gajet pemantau tekanan angin tayar ini sangat berguna kerana ia membolehkan anda memeriksa tekanan tayar pada bila-bila masa.
Tambahan pula, ia menggunakan tenaga solar, jadi anda tidak perlu menggantikan atau mengecas bateri.
Item: Tire Pressure Monitor System Solar Wireless
Harga: RM70 hingga RM99
9. Kamera perakam video (dash cam)
Dengan trafik yang semakin sibuk di jalan raya masa kini dan pelbagai jenis pemandu, risiko terlibat dalam kemalangan atau berhadapan dengan pemandu kurang bertimbang rasa semakin meningkat.
Dengan adanya kamera perakam video atau dash cam, anda boleh merakam sebarang insiden sebagai bukti rujukan jika diperlukan.
Dash cam juga semakin canggih hari ini, dengan pelbagai ciri seperti pengesan GPS satelit, pengesan gegaran, sambungan Bluetooth, serta WiFi dan sebagainya.
Item: Xiaomi Mai 70 Pro
Harga: RM207.90 hingga RM334.90
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit panduan untuk memilih aksesori kereta yang anda perlukan.
Baca :
“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur
Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian
“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah